Jumaat, 9 Januari 2009



Siapa dia ni? Pengarah drama!Model!Gabenor British!Pelakon Pirates of Carribean Bukanlah...Disini aku cerpenkan sikit latar belakang dia ni.Ville Hermanni Valo atau nama ringkas yang kebanyakkan orang tahu memanggil mestilah Ville Valo (Rokohammas).Dilahirkan pada tanggal 22 aribulan 11,tahun 1976. Kerjayanya adalah penyanyi utama,penulis lagu dan orang kuat bagi Finnish band iaitu H.I.M. Ville dilahirkan pada jam 8:28 pagi disebuah rumah di Helsinki yang dipanggil Vallila.Bapa dia orang berdarah 'Finnish' dan emaknya 'Hungarian'.Si Ville ni jugak ada sorang adik yang umurnya tujuh tahun lebih muda darinya, nama dia Jesse Valo,sorang kaki thai boxing. Pada masa kecik sewaktu membesar di Finland si ville ni berkawan dengan sorang mamat,iaitu Bam Margera.Mereka ni sangat rapat sampai sekarang,dan boleh dikatakan macam adik-beradiklah. Sapa Bam Margera? Dia ni kalau nak tengok muka dia boleh tengok kat Jackass dan Viva la Bam.Masa umur Sembilan tahun,Ville mula belajar tentang pelbagai muzik di Helsenki dan antara contohnya ialah Pop dan Jazz. Selepas dari itu keluarga dia pulak berpindah ke Oulunkyla. Pembelajaran dia terkubur sampai situ.Semasa inilah Ville membuang sehabis masanya bekerja di kedai bapa dia sebelum berkecimpung kariernya yang sebenar.Tragedi buruk yang terjadi masa umur 18,Ville diserang asma dan dikejarkan ke hospital selama 5 hari. Nasib baik terselamat. Si Ville ni sebenarnya tiada role-models.Dia ada sekor anjing, mak ngan ayah dia dan si Bam margera yang menjadi kawan baik.Semasa kecik jugak dia banyak dipengaruh muzik Finnish seperti Tapio Rautavaara dan sorang lagi Rauli Badding Somerjoki. (Jangan baca sangat, tengok ja nanti tergeliat lidah nak disebutnya.)Kebanyakkan muzik ini berunsurkan kasih-sayang,kecintaan keluarga dan area tulah dia dipengaruh.Pada masa yang sama datang sepupunya yang lebih tua dari si Ville ni mula memperdengarkan kepadanya muzik yang lebih berat. Haha...Masa nilah Ville ni dah dengar KISS,Black Sabbath,dan jugak lagenda Heavy metal british Iron Maiden . Lain muzik yang bersekutu macam The Cure ngan Elvis.Ville sebenarnya berminat untuk memasukkan sedikit halwa telinganya dengan reggae,blues,dan country-oriented macam Johnny Cash,Roy Orbison serta band Neil Young. En. Ville ni minat sangat ngan Nightmare before Christmas arahan Tim Burton.Ville jugak sorang vegetarian dan diantara salah satu tournya dia berkata yang ‘dia tidak boleh menari,jika dia makan daging’.Haha mungkin satu guraan ja tu.Perangainya yang sering dilihat kat atas stage `merokok’ kental ark? Masa interviu pun masa gak.Masa umur ville ni meningkat remaja,dia dah mula buat band di Helsenki. Antara band yang jadik pada masa tu B.L.O.O.D (1986-1989),Eloveena Boys (1987-1988),Kemoterapia (1989-1997),Aurora,Charlie Parker,Terapia dan kesemua band ni hanyalah projek band.Tentera-Tentera H.I.M


Masa sekolah di Finland dia dah terserempak ngan empat orang yang ingin mendukung H.I.M dan band ni terjadik lewat musim sejuk di Finland.Dalam tahun 1991. Selepas dari tu, Si Ville ni mulalah main Bass untuk band ni. Sepanjang tempoh1991-94 mereka hanyalah bermain praktis tanpa mana album yang keluar.Tahun 1994 masih dalam masalah diaowang untuk mencari bassist dan sorang penyanyi. Haha jangan tak percaya plak untuk peminat En.Ville ni sebenarnya main Bass ja.Kebetulannya untuk demo permulaan band ni mereka tak dapat carik penyanyi yang sesuai. Pada 1995 tu dia cuba amek jawatan penyanyi utama dan sepenuh masa untuk H.I.M. Untuk Ville ni dia tak sepatutnya curik jawatan tu.Segala pernyanyian si Ville ni dipanggil baritone vokal. Bagi lain instrumens si Ville ni jugak memegang drums dan gitar bagi sesetengah lagu. Selepas dari tu, anggota kumpulan ni lengkap dan ruang gitaris diambil Mikko Viljami Lindstrom (Linde) tahun 1994-sekarang ,sorang lagi gitar Oki 1996,bass Mikko Heinrik Julius Paananen (Mige) tahun 1994-sekarang,keyboard Antto Melasniemi tahun 1995-1998,dram Juhana Rantala tahun 1994 -1999,dan sorang lagi tentulah En. Ville (Rokohammas) untuk lunak suara H.I.M tahun 1994-sekarang. Jangan anggap grup ni kekal ahlinya. Dia ditukar pada 2 orang keyboard dan drums, yang mana Jussi Salminen ( Zoltan) dan Jani Purttinen (Burton) posisi keyboard,Mika Kirstian karpinnen (Gas) untuk dram. . Diawal penubuhan band ni semuanya banyak main lagu cover darik Type o Negative,KISS,Danzig,Depeche Mode dan Black Sabbath .Nama disebalik singkatan H.I.M tu, His Infernal Majesty dan ada lagi nama yang diaorang pakai cam His Infernal Majesty,HIM and HER, dan HER sebab ada satu band Chicago pakai HiM. Nama yang dasyat bagi aku,dan tak pernah terpikir dek akal. Stail muzik band mereka dipanggil `Love Metal’ oleh ville ngan peminat mereka.Tapi muziknya berunsurkan Alternative rock Metal jugak.H.I.M dah mula popular kat Europe daripada album yang tajuknya `Razorblade Romance’.Antara hasil nukilan cantuman ahli-ahli ni ialah:

Greatest Love Songs Vol. 666 '1997'
Razorblade Romnce '1999'
Deep Shadows and Brilliant Highlights '2001'
Love Metal '2003'

And Love Said No: The Greatest Hits '1997' (compilation)


Darklight '2005'
Venus Doom '2007'





Lencana TerAgung

Antara kisah H.I.M popular di U.S bermula daripada Si Bam Margera ni. Dia ni yang menggunakan lambang Heartagram dan promot kat Mtv siri yang tajuk Viva la Bam dan dah tentunya Jackass. Tambahlah lagi ngan lambang Heartagram yang nampak cam satanic band.Disebabkan tulah nama His Infernal Majesty disingkatkan ke H.I.M. Kebanyakkan orang yang mengenali ataupun senang nak engat H.I.M ni dari logo tulah. Dan disini aku citakan sket pasal logo tu. Pada zaman dahulu,cewah cam cita budak2.Haha! Ok! Ville mendesignnya sama cam yin-yang masa dia tengah boring,dia reka dan mahukan lambang ni lebih modem sket.Dia jugak mahukan ianya ada maksud macam ying-yang tu. Ying-yang ni diantara dua camtuman iaitu laki ngan Pompuan,dan si Ville ni tukar kepada Heartagram gabungan cinta/benci ataupun mati dan hidup.Lambang ni jugak bagi H.I.M gabungan antara hati dan pentagram yang mana symbol diantara mati,hidup,kebencian,cinta dan mati bersama-sama. Ville mengucapkan Heartagram untuk H.I.M dan jugak entiti mereka. Ia diklafikasikan Love Metal Band. Wah cam banyak benda yang sangkut ngan benda tu.Ville menyatakan yang band ni bukanlah seperti satanic band yang menggunakan pentagram dan mereka jauh dari menggunakan ideologi tu. Perkara paling seronok tuk si Ville ni, sekarang dah beribu band ngan peminat kuat H.I.M bertatu pada badan.Ville sebenarnya nak buat tatu kat tengah-tengah jantung dia,tapi camna ditukar buat jauh dibawah perut dia tu. Kalau nak tahu yang si Bam Margera tu pakai logo ni kat mana-mana tetap tak kena saman ka hapa.Sebabnya dia jugak tersangkut menaikkan logo tu dan mendapat lesen dari H.I.M.Merata tempat dia letak dekat sketboard lah,kasut pun dia buat. Bagi cerita Jackass nombor 2,bintang Steve-O cuba buat tatu heartagram gak tapi tak jadi sebab episod tu buat tatu naik jip langgar bumper jalan bebanyak. Haha terus tertukar jadi Dickagram.

4 ulasan:

  1. It's all tears! Walaupun lagu2 H.I.M skali dengaq macm palat ja, tp tetap jd anthem. Info tmbahan, penulis blog ini dulu tak ska pun ngan H.I.M,siap f**k aku sbb lyn H.I.M, tp aku yang banyak mmpengaruhi beliau...Hahahak!Ini info betoi, bkan tpu...Hail!

    BalasPadam
  2. aku xleh kena kongsi ngan hang orang yang sama....
    dad y aku biar dulu ang lyn puaih2....
    hero xleh kongsi2.....x baik....
    ville jalah....
    mungkin Him.....
    oh! ang layan him gak ka......
    baru perasan........
    minat ngan layan lain dude....
    weheyheyhey......
    okeyyylllllaaah nama ang duk atas nama aku....
    ney yang wut sedih....

    BalasPadam
  3. hai fren..sy juga minat HIM..terutama ville valo..thanks for the info...asik bca english je..skrg dpt gak yg BM..heheh.. =) sebenarnya di belog sy ade keraguan ttg heartagram drpd pmbca..lepas penerangan yg sy baca kt cnie..sama mcm penerangan sy...band nie tak satanic pun kan3...

    BalasPadam
  4. hye, thx for the great info. nice to meet another HIM & Ville Valo fans :)

    ~just follow ur blog :)

    BalasPadam

saya mahu caci kamu yang: