Rabu, 7 Januari 2009

tadika ke alam barzah

'Nawaitu roffal hadasill akhbarrillahi taala'
-sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala-

Semenjak dari situlah kita melangkah ke alam lebih tua dan semakin dewasa.Bagaimana kau tahu?Tanpa disedari pun kau akan mengetahuinya sendiri.Semuanya akan berubah dari segi fizikal,sikap,atau mentaliti.Adakah sudah cukup alasan untuk melakukan apa aktiviti yang membuatkan kau cukup dewasa.Dan apabila guru agama mengajar untuk membersihkan dosa tersebut kau tersenyum.Kononnya dari mimpi indah semalam.Tidak pun kau mengaku melakukan sendiri lebih menyeronokkan.Dari situlah kita akan berubah haluan yang mana syurga sudah penuh untuk ditinggal.Mana lagi,abes skolah nak jadi bohsia,rxmpit,kepala keras cam besi,fxxk kerajaan,mampos la lagi baik...Masa inilah perangai nak cuba keras ngan sakit.

Mulalah nak jadik orang putih yang tunggang-terbalik.Makin cubalah jauhi keluarga yang sentiasa menyayangi.Belikan mainan,makanan,kaseh sayang yang dahulunya ceria, BOOM!!!macam letupan kereta kebal.Aku bongkak,setan,aku berani mati, percakapan orang yang kononnya matang dan tak tahu apa erti meninggal.Kalaulah bumi ni boleh disepak,mungkin nak disepaknya terguling.Anak dara yang dahulunya cantik dipandang dicomotkan dengan kain tipis dan terus berkeinginan menjawat jawatan pelacur murahan.Dari mana yang dikutipnya jawatan kosong sedemikian.Inilah jadi kalau hidup tak terpikir besok dah nak mati....seronoklah selagi oksigen tu belum diumumkan kerajaan dah nak habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: