Isnin, 23 Februari 2009

-DISFIGURA AFRO KEPALABESI-


JUDUL FILEM:YOUNGnYOUNGSTER

ARAHAN:SIR CLAYMAN CUtt's

PELAKON:SIST,ROCKYGENRE:HURU/HARA,AKSI,BERONTAK

KLASIFIKASI:18-99

PENERBIT:LITTLE WINGS PICTURES

TAYANGAN:25AUGUST1990

DURASI:15MINIT2JAM

RUNUT BUNYI:18nLife,Aces of Spades,born to be wild,paranoid,police truck,we're not gonna take it,

LATAR CAHAYA:Petang dan malam


Pemberontakan dua remaja yang cuba membuat sesuatu untuk kepuasan hati tanpa batas.Jalan cerita bermula sebagai pelajar dan mula membabitkan diri dalam kancah sosial dan hiburan.Percubaan benda-benda yang baru diguna pakai bagi melepaskan tekanan dalam sisa hidup.Watak Sist sebagai pelajar lepasan sekolah tinggi,gagal dalam pelajaran dan malas untuk bekerjamenyebabkan beliau terbabit dalam jenayah berat.Dalam cerita Sist seorang stoner dan suka berfoya-foya.Bapanyameninggal dunia sewaktu kecil dan emaknya yang sibuk dengan pekerjaan menyebabkan Sist keseorangan.Rocky,sebagai watak kedua dalam Yny seorang lelaki dewasa lingkungan 20-an bercita-cita untuk membuka kedaimuzik rock dan rockers band.Latar belakang beliau banyak yang negatif dan bersifat kawan yang rapat.Mula melayani band-band metal classic membuatkan seluruh gaya hidup seakan-akan berlandaskan keselekehan dan berontak.Rocky berjumpa dengan Sist semasa gig yang dilangsungkan di CockerRockers Club milik Woods.Dari situ mereka mulamengenali latar belakang masing-masing.Antara band yang sempat ditontonkan ialah Y Nerd and the Rollers,Black 70/80sBluesBeer,Rebel Paragraph,dan anti-Eka.Mereka semakin rapat selepas daripada insiden Sist yang cuba dibunuh oleh ketua samseng BlackWire,Sist berhutang kepada mereka dan terpaksa menjual dadah untuk melangsaikan semua hutang.Disebalik pekerjaan Sist,Rocky yang mencuri kereta bapanya untuk menyelamatkan Sist daripada ditembak kerana menipu BlackWire.Kisah lain turut memaparkan semangat kuat dan tanpa mengalah untuk menubuhkan sebuah rockers bands yang diketuai oleh Rocky.Disebalik penubuhan tersebut,pelbagai agenda terpaksa dilanggar kedua-duanya dan kesempitan wang menyebabkanmereka mencuri peralatan muzik untuk bermain gig.Rocky juga seorang yang pandai dalam journalisme cuba membuat zine sendiridan banyak mengulaskan ketidakadilan kuasa tempat dan sistem hidup untuk menguatkan semangat generasi afro rockers.Dari situ Rockyditembal oleh golongan kelas atasan disebabkan memburu-burukkan kedudukan mereka.Kedai muzik peninggalan bapa saudara Sist mula dirombak menjadi tempat jamming dan menjual barang-barang D.I.Y.Dari situ bermulanya sebuah band yang bakal mengegarkan semua rockers gig di pekan besar tempat mereka.Pergolakkan jalan cerita yang banyak menunjukkan kegigihan dan kepala keras membuatkan cerita semakin kemuncakuntuk ditonton.Sifat Rockers yang ada dlm diri masing-masing telah membunuh dan dipenjarakan dengan alasan...................

Isnin, 16 Februari 2009


matihidupbalik
Percaya tak kalau tiada oksigen kita mampu hidup selamanya dan takkan mati......
Mungkin takkan ada batu nesan dan kubur......
Percaya tak tanpa makanan atau minuman pun kita mampu hidup dan bernafas lagi.....
Mungkin Chef akan menjawat jawatan kelas rendah.....
Percaya tak yang kita jatuh dari bangunan yang tinggi melangit,dan tersadai dibawah.....
Akhirnya tersenyum dan masih boleh hidup........
Mungkin itu akan bermasalah untuk pembunuh diri jarak tinggi.....
Ketawalah sebentar.......
Percaya tak kita boleh terbang kemana sahaja tanpa bantuan pengangkutan........
Mungkin tiada lagi masalah pencemaran yang tak terlesai...........
Seronok mungkin..........
Percaya tak tanpa berkahwin dan melakukan persetubuhan tu,kita mampu mempunyai anak yang berjuta-juta banyaknya..........
Tak masuk akal bagi kamu...........
Percaya tak kita takkan panas dan lemas dari api atau air..........
Mungkin hospital dan kecemasan tu tak wujud..........
Percaya tak kita takkan tua dan muda sampai tua mahupun muda.....
Dan ini satu benda yang merepek........
Anggapan merepek,tahyul,pura-pura,khayalan memang manusia dengki.......
Bagi aku ianya ada yang betul dan terjadi.........
dan kenapa kepercayaan diatas kau tidak percaya........
Percayalah!!!!!Kerana semuanya robot dalam sebuah komik...........