Selasa, 31 Mac 2009

BeritaBuruk-Tajuktajuk Besar

-mati membawa peluru dibadan
-pendermaan darah tanpa ditakung
-tempahan kubur dihadapan rumah
-medan raksasa tanpa Ultraman
-merdeka semakin jauh
-mati dihadapan peguam
-pengujian bahan bakar di makmal awam
-terlantar tanpa kepala
-peluru yang disesatkan
-pengawasan dari jet pejuang
-gerbang dihilangkan kunci
-darah sebagai corak seni hari ini
-kanak kecil musuh utama
-latihan tentera diposisi awam
-tarikh kematian ditangan manusia
-Kuasa besar vs semut api
-menyerahkalah tanpa senjata
-5,10,15,20,25....tuk main perang-perang
-antara bangsabangsa bersatu dan bangsabangsa menjajah
-Selamat Tinggal Dunia



Ya Allah!
berikan sedikit kami ruang untuk bernafas lagi..
walaupun bala tentera semakin berkurangan..
Engkau maha Kuasa diatas...
Ujian ini satu penderitaan...
kami utuh berdiri,dicantas peluru-peluru hidup...
tarikh kemenangan semakin kabur dibalik awan mendung...
hari ini pasti runtuhan hujan tidak meringankan beban...
Keluarga kami berpindah lagi...
Jauh dari alam ini...
Adakah mereka sedang melihat dari kristal ajaib,takungan air...
Adakah ini satu pintu keSyurga....
Merdekakan kami dengan INTIFADA...
Perjuangan kami sia-sia....
Tanpa perisai agungmu....
Esok terbabas dilandasan dunia....
Hari ini kami pergi...
Saudara masih tertinggal dirawat...
Kubur kami dihiasi darah-darah pekat...
Mati kami tanpa Syahadah....
Berikanlah sedikit kelegaan untuk bumi ini.....
Matahari semakin ditindas bulan....
Tunjukkan kuasa Besarmu kepada mereka...
Agar menunduk seperti zaman sebelum kami....
Kami takut,kami menyorok malu dihadapan mereka...
Tanpa kata-kata lawan yang boleh menjahanamkan teknologi mereka...
Otak mereka semakin bercanggah dari yang dahulu....
Mereka memilih kebendaan tanpa nilai,mereka sombong hari ini....
Tunjukkanlah Kuasa Agongmu-.....'INTIFADA'



p/s: Iring doa buat mereka.AMIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: