Selasa, 24 Mac 2009

HueBong Kahet
Tanpa tarikh,tanpa hari,tanpa soalan, dan tanpa perasaan aku mulakan benda ni.Jadik teruskan jalah.Terasa pulak nak ulas pasal masalah-masalah,penyakit-penyakit bumi sekarang ni.Sedih,kaseh,kesian,pilu, bila tengok sambil layan lagu-lagu yang menyentuh dengannya dan lagilah sedih kalau disaksikan oleh pancaindera anugerah tuhan ini.”Apa masalahnya? Tengok macam biasa ja! “.Adoh! tulah perangai orang sekarang ni ambik tahu hal masing-masing ja. Situ tempat orang hisap dadah! Jangan pergi situ! nanti terambil pulak benda kotor tu! Depan situ pulak jangan selalu pergi bahaya! Pergi main dekat-dekat ja! Alasan dan nasihat yang diguna pakai ni memang jadi perangai manusia hari ini. Kononnya tu ja yang termampu lakukan. Dah la! Jaga kain sendiri kot. Apa yang mampu diaorang lakukan hanya dengan nasihat dan jauhi benda tu.Lansung tak ada perasaan takut,sedih,gelisah,dan BERTANGGUNGJAWAB untuk satu tindakan. Kena penyakit kronik,janin didepan rumah dimakan dek gagak-gagak,dahaga yang melampau macam nak minum air tasiklah,hulur duit masuk poketlah,lagi pengeboman di kawasan tanah lapang,dan kekadang tak terkira banyaknya masalah dunia ni.
Ada benda pelik dan halus kat situlah, pun nak dikaji selumat-lumatnya,benda penting masalah hutan batu,jalan raya tak lengang,kereta macam pasir atas jalan raya,minyak beli pakai duit lagi, tanah runtuh macam main pasir, langsung tak nak tolong selesaikan.Sedih aku, bila tengok kat Ibu Kota Malaysia tu (Tempat lain pun sama). Boleh dikatakan benda tu semua dipegang oleh tempat ni. Macam-macamlah masalahnya,sampai tak terkawal. Bagi orang Utara ‘tak menang tangan’. 21 March,tengah hari yang terlampau terang,pemandangan yang memeningkan dan kelang-kabut, warna hijau yang semakin pudar, aku menggerakkan kaki ni merentasi daerahnya. Apa yang dah aku lihat? Heh! Sedihlah! Bila depan mata aku benda tu berlaku,dah terasa dalam kilang besi pulak. Diluarnya lagilah sakit nak tengok serombong tu mengeluarkan benda seperti belonlah agaknya.Mungkin boleh cantikkan langit, dan ada kawan aku dahulu katakan “Barulah banyak awan kat langit nanti”. Lawak macam nak mengguling aku teringatkan. Jalan lagi aku dari C.M ke Pudu.Sesak nafas, walaupun diselaputi sehelai kain tisu yang kering. Sampai di Pudu,terpaksa tunggu untuk tempahan tiket. Jalan sekejap,berhenti carik air, tujuh sebelas jadik tempat melepaskan dahaga yang tak terbasah-basah ni. Tulah benda yang kerap dibuat aritu.
Berita baru, sekolah dah jadi macam lorong gelap kat belakang bangunan nun. Ada lagi penyakit yang tak terubat.Sekolah yang terkawal oleh kakitangan tu pun ada penyakit jugak yang berhantu. Tulah, bagi aku,makin maju dunia sekarang makin baru dan melata benda tu tumbuh berbiak-biak. Slogan,kempen,motivasi, buatpun macam seronok-seronok ja aku tengok.Ambil hati, macam pepatah,’dah terhantuk,baru tersedar’. Hari ni buat belom tentu akan bersambung esoknya.Ha dah panjang jalan cerita ni. Tu baru masalah besar wahai manusia yang masih buta dan mementingkan kepentingan dunia dan diri sendiri. Belum disambungkan lagi masalah kecil yang tak tersentuh.Mungkin nak ditunggu kereta dicipta menggunakkan air laut baru boleh atasi,tak pun bumi ni dah sama rata, tak ada lagilah masalah gelincir dan runtuhan. Benda dah jadik berat dan tak terkawal barulah nak sedih,takut, dan tak terkata.Macamanalah agaknya kalau penyakit ni dah semakin berkembang dan tak dihalusi sebetul-betulnya. Mungkin nanti bumi ni dah tak boleh nak didiami oleh kehidupan,macam kat bulan tuh,tah ada benda hidup ka tak?Kosong! dan saintis jumpa planet yang boleh didiami sesuatu hidupan. Takkan nak biarkan bumi hancur dan sakit macam tu ja. ‘ Habis madu,sepah dibuang’.Tu lah jawapannya dan tah kenapa aku asyik piker pasal bumi nak hancur sebab dah uzur still masih bekerja untuk pemusnahnya.Skali lagi diulangkan BERTANGGUNGJAWABLAH,walaupun tanggungjawab tu belum digalas oleh kita. Dah la! Kalau nak tahu macamana perasaan aku aritu, aku suggestkan! Bawak satu famili pergi picnic blakang bas tu! Cubalah rasa tengok. Silap-silap Habis........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: