Jumaat, 27 Mac 2009

Liku-likuIbuPolitik
Dia sudah dibohongi
Dari kepala yang keji
Dari lubuk hati yang dengki
Hari ini
Dia mula menghajati
Sesuatu yang diimpi
Bukan untuk dipuji
Tetapi hanya kepuasan Hati
Dipegang sampai kelobang mati

Esok menjulang lagi
Panji-panji gergaji
Yang takkan menjunam kebumi
Walaupun dibasahi
air mata darah sekali
Tetap diratapi
Dari pintu masyar ke gerbang teknologi
Berjuang demi ibu pertiwi

Kelmarin dia pergi
Membawa segala noktah-noktah pagi
Untuk menuntut janji-janji
Walau muka dikeji,diludahi
Semalam tersungkur di kota mini
Akibat dicaci dari yang dimusuhi
Perjuangan tetap direntasi
Selagi jiwa dalam suci
Untukmu ibu pertiwi.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: