Rabu, 29 April 2009

Body:Guard

ketagih nak mati
harapharap ada lagi aktiviti semacam neh, memang beh main bm-x tengahtengah malam, sama papan luncur yang luncur pelan macam siput, balik nanti aku nak men aktiviti baru pulak rasanya, tambah ilmu main depan rumah orang pulak kot, nak terjun pantai lagi, nak buat semak dekat Impiana,nak main sembah unggun api..haih bila ni..

***


*dua yang jelas

kalau:kalau

wahhaha..baru aku sedar dalam jaga ni, kipas yang berputar bak kipas helikopter atas kepala aku ni berputar dah dua ari tanpa diganggu suisnya, gila kental, harapharap tak luquh atas kepala aku, kalau kena! konpom masuk ICU, ataupun IJN neh...haha rekod terbaru dari aku,dan kipas tu masih dipanjangkan fungsinya lagi, tak serikserik...



*cuba bayang apa jadik dekat aku kalau terjadi..berselerak la badan aku ni..baru gor..

Lawat:Bangunan Juru

situasi 1
lawatan aku ke tempat bakal jadik jurujuru-tera dalam sekumpulan penduduk Malaysia neh, kekuatan masa tu taklah seramai satu bas sekolah, hanya dua orang sahaja yang bersetuju untuk pergi, paginya tak payah beratur ditapak perhimpunan tar lagi pekat hitamnya,cuma rileks,tidur atas katil..

situasi 2
jam notebook aku disebelah atas berlambang nombornombor menunjukkan pukul 5.00 sahaja,ada makna nombor tu daripada yang lain, gegas aku ke bilik air yang airnya perlahan macam cerita sang kancil lawan lari dengan sisiput tu, jadi makan masa agak lama dekat situ, dan jangan lupa pulak lawatan yang aku cerita tadi,teruskan bacaan..


situasi 3
Kehadiran yang dijanjikan memang hadir secukupnya hari tu, ternyata lawatan ini bakal dimeriahkan oleh aku dengan rakan kongsi talam, tapi ada jugak babakbabak yang takdapat nak dielakkan,sebabnya yang sorang lagi terpaksa mengambil sedikit masa mengisi perut dengan mi sedap, masa makin dilengahkan ke 5.30


situasi 4
kenderaan yang dijangka tidak ditempah,ternyata tidak tiba dalam masa yang tepat lagi padat, penggunaan tulang empat kerat ni diperlukan, perjalanan dimulakan dari pintu pagar belakang, keindahan panaroma masa tu cantik dihiasi suria yang tak memedihkan mata, anjing liar sibuk mencari tulangtulang, diserikan lagi dengan pasanganpasangan manusia yang sememangnya dilahirkan berpasangan, (untung kamu ya!) , sampai kami dikaki bangunan yang warnanya agak berkalerkaler dari yang biasa, berehat sebentar menikmati tandas oku yang disediakan oleh pihak fakulti, kali pertama aku masuk tandas oku dan melihat struktur pengolahan rekabentuk dalamannya nyata berlainan dari yang biasa,(haha,lain weh),selesai lawatan yg pertama..
situasi 5
selaku ketua kumpulan sebagai aku yang tiada pencalonan ini ,mengarahkan rakan mara lagi ke makmal yang begitu banyak sainbort macam kedai makan dekat tengah Thailand, aku jadi taksub tengok papanpapan sainbort tu diletakkan nama yang memang memerah otak dan ollskol kalau nak dikaji semula, contoh yang dapat aku kongsikan disini: Makmal Voltan Tinggi, Makmal Rekabentuk Terbantu Komputer 1, Makmal Ukuran Ketepatan,Makmal Ujikaji Sudut, dan ada banyak lagi yang menyanggah otak aku neh, seterusnya perjalanan diteruskan dari belakang tapak fakulti, banyak juga pasangan disini menikmati dan melawat fakulti neh, ada jugak ambil kesempatan membuat drif menggunakkan skuter, cantik!struktur badannya dari skuternya,ada lagi yang berduaan bersama jin dibumbungkan zink yang berpapanpapan sambil mulut mengunyah twisties yang kuning pudar,ditambah pedaspedas cili rasanya...


Situasi 6
gerakan dilakukan kedalam pula apabila terlihat bapakbapak tangga yang tinggi melangit keatas, loronglorongnya agak kepudaran dan kegelapan bak terowong ditengahtengah lebuhraya, kami lebih berminat nampaknya apabila terlihat lif yang tak terusik, enjinnya masih hidup,cuma kadangkadang tak bergerak dipetik nombor, "mari! kita masuk dan cuba ke tingkat lain yg lebih tinggi", keadaannya usang dan sunyi bagai didalam perpustakaan, konfius terjadik, bila mana kami tidak tahu menekan nombor yang sepatutnya, jadi pintu sudah menutupi kotak bergerak sebesar lif tadi, kami hanya terdiam dan kaku bila enjinnya yang garang bak formula 1 tadi berhenti dan gagal berfungsi, kami kalut,kami gelabah, aku dah cuba tekan nombornya tapi diam tiada sebarang reaksi, aku mengalamun seketika "bagaimana kalaukalau terperangkap didalamnya,manakan lagi kredit meksis ni tiada", agak lama bermatimatian tekan nombornya, keadaan kembali normal,apabila kotak tadi mahu berjalan lagi, syukurlah! kami dah selamat, namun aku cuba membuat ajakan sekali lagi untuk naik, namun ajakan tu ditolak disebabkan takut dan gelabah, (haha)

Situasi terakhir 7'
sudut padang mula dilawat,apabila terlihat seakan tumbuhan hijau yang tumbuh melata bak ulam raja, tapi aku jadi seringgit hairan apabila ditengahtengah dihiasi kon parit yang berbentuk terowong bertimbun, apa kegunaanya, kami cuba dekati,namun gagal disebabkan terlihat anjing yang riang nan permai berlarian diatas rumput tadi, mak dan ayahnya seronok memerhatikan anakanaknya bermain,mungkin ini percutian mereka, Jarum panjang jam tepat pukul 7', kami harus pulang agar perjalanan nanti tidak bertukar ke malam,takuttakut malapetaka yang tak dijemput,setelah limabelas minit berlabuh,kami sampai semula ditapak perhimpunan tadi,masingmasing menunjukkan lawatan ini sangat memenatkan lagi seronok, sampai disini saja...




kalau nak diikutkan citacita besar aku, aku nak masuk tempat tu lama dah...cuma terbangkai...






*aku cukup meluat tahap sawan argh, bila nak buat entri baru nak masukkan gambar lembab macam siput, po'en pokemon betui...cepat arr...

8:Mei:09

aku dilahirkan diutara malaya,nun butterworth namanya,banyak pantai yang airnya masinmasin, nescaya kehidupan disitu tak menghampakan aku disini. Nasib yang tak bessnya terpaksa tengok ja flyer band feveret aku dengan hati tertutup,kalau boleh nak aku pergi sendiri nek sampan, kalaulah ada perkhidmatan feri kat tempat aku ke negara jiran kan bess tu... haha bodoh arr aku ni!...tengok flyer jalah....

p/s: list pertama, no2 yang aku teringin nak tengok lagi, bagi sesapa yang ada duit segelen minyak tanah bek pergi,rugi gila kalau tak melawat!!power neh...event bapak nya besar...

Selasa, 28 April 2009

Jemput:keBawah tanah

Bands-
Aradia
Mistik
Athotorgh
BrainDead
Negation (aku tag yang ini)
Fleurs Du Mal
Vociferation Eternity
//Tak Buley pergi...babi hutan betui....pastu yang 1st terlepas
terbaik ahh...



Bands-
Under Soul
Children Attack
Melastik Anjing
Abnormal Psyhcology
Menara Grinding
Reality Cinta Seks
The LasT Son Heretic Torture
Psychotic Sufferance
Perek Kasi Gerek
Virus Attack
Haraqah
Third Leg Bouncing
Samaritan
Time Under Earth...

//bakal dilawat oleh aku sendiri tak lama lagi...jom meriahkan keluarga bawahtanah...

Call:991

tolong telepon ambulans sat..kredit aku dah abis ...dua tiga minit ni blogspot aku tak berapa sihat,bila aku tarik roll tepi, dia jalan pelan-pelan ja, nak terbitkan catatan baru pun lama macam tunggu orang bersalin,aku taip dia terpadam yang belakang,bawah kotak taiping catatan tuh keluar benda merah........

p/s: meksis/selkom tak caj mahal..ambulans ja...

Pening:Hausflai

dah macam alien la weyhh..aku ni..banyak benda pelik yang aku pikir..

1-'Sarawak'
kenapa perkataannya 'SARAWAK' bunyinya serawak.Sleng mat kilau mana yang rembat pakai neh.
2-'Malaysia'
Ejanya 'Malaysia' bersama kapitel leter M, tapi bunyinya melaysia,kenapa tak MA-lay-sia.
3-'Nasi'
"saya nak nasik putih dengan sup kosong satu ya!"ni lagi pelik tahap keling, jauh benar dari yang asalnya.(bunyian lidah lain disitu).
4-'air mineral water'
"minum apa dek? air mineral water ja!".Ceh kan main terer bahasa inggeris mamat ni.Soklannya.Kenapa ulang dua kali air mineral water(air).
5-'Dua'
mesti kamu pernah lihat orang mengangkat tangan hanya dua jari, kenapa!! tengok masa
nak kepcer gambar 'pissss' apa kena mengena? satu lagi semasa menceritakan tentang angka dua sahaja, cth: "aku cuma ada 'dua' kali lagi ja!"," Dua' tahun tau dak kena masuk penjara","Dua ringgit ja!takkan tu pun tak mampu bayar".

Penyakit:Atasan

Wahahahahhahahahaha.....bodoh...member aku ulang balik ayat lama:
"orang melaysia ni ada dua benda ja! satu 'rasuah',satu lagi 'tak menepati masa'!".
haha...cipan tanah betui! terasa geli macam gamat lembik...


p/s: memang betui pun,aku setuju tanpa perlu parti pembankang..haha wuarkkk..

Bawah:Loceng


Sebenarnya dalam dictionary fajar yang lamalama dulu seluar ni tak panggil bell-bottom tapi 'Pokkat',tah macammana duadua nama ni lekat dekat seluar tu.

1.Bell-bottom:dan mungkin:
-bentuk yang mengembang ke'bawah'(bottom) tu yang nampak macam 'loceng'(bell).
-siperekanya duludulu dapat idea dari locenglah kot.(dah takdak idea len).

2.Pokkat:dan mungkin:
-tuan yang pakai seluar ni mulamula dulu nama dia 'Surtono Pokkat bin Soryono'
-dalam bahasa benggali pertama di Malaya kembang itu 'Pok' dan bawah pulak 'Kat''.

Secara seriusnya aku mula pakai seluar ni dalam tahun sembilanbelassembilanpulohsembilan, disebabkan trend masa tu yang mengakidahkan otak aku untuk pakai.Aku mula nangeh depan makayah aku belikan seluar tu untuk pakai masa raya.Gila sangap masa tu. Apa-apa bren pun tak kisah,asalkan ketat dipaha,longgar dikaki.Mogokan aku diterima pakai dalam sistem trend mereka, jadi impian aku segunung berapi ni tercapai dengan kadar yang gembira membuak-buak,macam ikan lohan yang kurang gas oksigen. Siasatan mula dilaksanakan keatas semua kedai-kedai dan tempattempat beli-belah yang ternampak seluar seakan-akan kembang
dibawahnya.


Ahli kumpulan aku masa tu cuma dua orang termasuk bapak aku,dia ni sebagai leader untuk misi menangkap seluar yang mengembang bak ikan duyung yang mendayung-dayung di muara sungai.Misi yang paling awal tidak memberansangkan motif pencarian.Hari pertama dilabuhkan untuk hari keduanya,hasil mulutmulut orang ramai dan rakanrakan spesyen, aku dah mula kenal pasti lokasi yang bakal diterjah.Bapak aku bawak aku dengan senang hati,disebabkan aku ni banyak menyusahkan orang daripada menyenangkan.Kedai yang dimimpi-mimpikan semalam ternyata tak sama didalam mimpi.Kereta nasional bapak aku berhenti didepan kedai ikan,dan aku lihat sorang apek yang sibuk menangkap ikan kap untuk pelanggannya.(Dalam hati aku ni,"apa barang beli ikan mamat nih,beli la seluar!baru stail").Nada yang lagak tinggi aku masa tu.


Balik kepada cita tadi,aku dah melulu masuk kedalam kedai yang serba-serbi pakaiannya.Tapi yang lain tak penting-sepenting seluar yang dicari.Dengan mata yang membuak-buak aku dah terlihat sehelai seluar yang megah parking di port paling hadapan.Ternyata ini dia yang dicari-cari.kalernya tak secantik sangat tapi cun untuk diperagakan. Bentuk,lekuk,keterampilannya terselah apabila seluar tu dicuba oleh aku sendiri didalam bilik salin.(bukan bilik bersalin).Cermin panjang berukuran segiempat tidak sekata jadi rujukan keserasian aku.Yah! ternyata banyak amoi atau awekawek orang akan pandang aku bila pakai seluar ni.Seronok tak terkira macam kalkulator yang ditekan-tekan. Sehelai tak cukup,jadik lebih baik tibai dua helai.Aku dah mula migrain nak pakai seluar ni,dan tak sabar nak tunjuk dekat kuzen aku yang satu kepala layan peten seluar ni.Nyata, seluar dia masih disorokkan kedalam beg sebesar ke mekah tu.Sokey,nanti aku boleh tengok jugak,sikit aku tak jeles.Siang malam kalau nak dipanjangkan cerita aku try seluar tu depan cermin,memang puas hati.Koleksi seluar aku dah bertambah lagaknya.Aunty aku mula bukak mulut "kalau nak tu, tu jugak",ahh aku tak peduli,janji kepuasan hati tu ada.



Masuk aku kesekolah menengah,petern tu dah berubah,sesapa yang pakai seluar kembang,kompom geng jahat,kaki gaduh,bawak masalah.Aku mula isi borang dalam grup lain,nama dia geng 'gran'.Memang beh,dengan seluar keret nak mati,ketat sampai ke bukulali. Untuk sekarang aku dah mula gila balik seluar loceng ni,manusia penbangunan semula 'ACAP' aka 'As-serap', mula buang sehelai yang warnanya hitam pekat bak tayar kereta bridgeston.Minat tu dah datang balik,takkan buang lagi dah seluar ni sampai bilabila.



P/s:bell-bottom dengan pokkat memang tak sama..

New:AjakAjak

Hey guys!! Checkout our new site darik aku sendiri,bukan makcik kentin nah..Taktau kenapa!!Tah, ada orang eksiden la kot...cepat tengok!!!! jangan lupa bawak satu ben family..jamuan tidak disediakan tengah landasan kapal terbang......

lokasi-hujunghujung,atas kanan,tepi sikit,hah situ... klik lah..nanti dia timbul...

p/s:Warning!! kalau dah masuk jangan kutip-kutip apa2...

Nok-Res-Porn-Ding


taktau kenapa komputer riba empat segi sama aku ni asyik nort res-porn-ding..rasanya nak kena hempok ngan aku la ni...setan betui...

punca terjadik:
1-banyak bukak tab..
2-memori malas..
3.internet tak betul..
4-ada kuman dalam memori..
5-semua ni punca panas..(tapi kipas jalan)
6-kuasa karen kurang..
7-windows berat-berat..(tindan dengan raiskoker)
8-kurang cucian antikuman..
9-rem maha padat tahap gaban..
10-pergerakkan tetikus kanan laju-laju..

p/s:bantu saya sebagai pengguna sekunder..

Isnin, 27 April 2009

tuesday sampai selasa


Anjeng!!anjeng!!A.b.c. sampai zek!! aku kena duduk sorangsorang lagi dalam rumah kuning menyilau ni,lagi pulak ditengah hutan kelapa sawet yang kian pesat membangun diatas tanahtanah merah.Byebye untuk aku pagipagi ni,kenapa asyik aku yang kena tinggal.Aku bukannya penjemput tetamu,taupun tokey explorace yang menjemput para peserta minggu pertama.Rasa-rasanya aku lepas ni kena wat pasport pergi India dan kalau tamat lawatan terus seludup masuk jadi setinggan,barulah aku tak duduk sorangsorang dalam kesunyian.Terasa duduk dalam zoo sambil memerhati iguana hijau yang bertenggek atas kayu dalam ekorium. Kesian memang kesian kalau takdak sesapa pon yang cuba main mercun lalu baling kedalam rumah jiran bersama aku.



Barulah rasa meriah dan jahat macam peragut besi besi buruk ditengah-tengah landasan keretapi yang cuba menjerit bila tengok ada kenderaan lalu-lalang ditengah-tengah hutan menimbun.Terpaksa lagi menunggu dalam kadar yang seminggu termaksima hadnya. Seminggu macam setahun jugak kalau duduk sorang2 tambah takpakai jam dinding,lagilah lama masa nak berdetik.Apa yang aku boleh buat sementara menunggu masa untuk pulang,senang! langkah pertama,amek port badminton dan cuba berkawan dengan abang-abang umur tua.Opss!! saya tiada sepasang reket untuk dijadikan teman beradu nampaknya.Jadi terbengkalai strategi pertama.Mudah! amek sekeping surat khabar dan cuba carik permainan sudoku yang belum dimainkan teman serumah.Sekali lagi,saya tak pandai menguruskan nombornombor yang belum diguna untuk diisi kedalam kotak.tiga!tidur sajalah atas katil cadar biru engkau tu..macam blue power rangers..



Toleh lagi aku keluar jendela berukuran berganda daripada saiz kad pengenalan.Toyota abanza mula parking dalam kotak kuning dengan beroda empat,keluar situa bermisai putih,tapi dia bukannya sesiapa bagi aku,cuma persepsi otak tak mengenali insan ini.Keluar dari bangunan kuning ini sorang budak sebaya dengan rakan aku yang lain,menyambut tangan dan memasukkan barang dalam kereta abanza.Ceh,semua ni sandiwara bangsat yang cuba dilakonkan depan mata aku.Ternyata mereka berpura-pura pulang kerumah.Riak muka aku gagal dirasakan gembira dengan situasi ini, nampaknya selepas ini terpaksa bersembang dengan abang posmen yang rajin menghantar surat kerumah jiran.




It'sokey!! aku bakal tiba dipelabuhan penang tak lama lagi.Jadi!segala memori aku didalam almari bersama borang-borang maklumat penduduk awam bakal beroperasi.Bakal mencetus suasana riang bak super ring yang riang.Aku ingin lagi bermain api ditepian pantai,sambil bermandian selepas subuh menghening,bersama air laut yang semakin pekat masinnya.Aku ingin lagi menyunsur dikakikaki lima bersama papan panjang dan merudum jatuh kedalam longkang seven-E,aku nak lagi melanggar kereta-kereta langgar yang disewa dalam kadar seringgit ke enam ringgit.Wayang yang sentiasa menggamit suara aku,rakan-rakan dan bala tentera yang banyak membangkang dari setuju.Aku belum puas lagi melepak di kedai-kedai siam yang banyak menyediakan masakan siam.Namun teh'o ais napam dek yang jadik santapan sahaja. Semua bakal menjelang tak lama lagi,ibarat menunggu pengumuman jemaah haji pulang ketanah asal.Suka bagai dibelikan buih belon yang ditiup bersama sabun yang memedihkan.Sebelumnya aku terpaksa balik distanza keatas.Dan bakal mengucapkan byebye pulak untuk kelapa sawet ni.



p/s: To my lovers 'Mom'.Lepas ni takpayah telepon kerap-kerap tanya bila nak chow.haih!!miss u again..

Sabtu, 4 April 2009

LawanSawan

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
gila,sawan,sasau,nyanyuk,pukau,terleka,buai,hanyut,melewang,bersiul,
sampuk,rasuk,perasaan
memang ungkapan yang layak untuk liriklirik dari ben feveret aku yang masih hidup dalam ego.
2,3,4,5, arini aku terjadi seperti ungkapan diatas.Lagu yang membuat mulut,hati,berbisik,mamai
disebabkan terkena virus lagu ni.Memang aku jadi tak waras dan gila bila memutarkan lagu yang sama sampai pagi ke tengah malam buta.(ni paranormal yang betul,aku tak tipu,sumpah)
Bukti aku terkena kuman lagu ni:
1.Jam menjerit ditelinga, mulut terus "jalan rayaaa!!!terlaampauu sunnyi"
2.Gosok gigi sama itu kolget "untukku terus bermimpi"
3.Membancuh air sambil air menunggu dimasak "mataku belum mengantuk lagi"
4.Membuat latihan sambil mengkaji formula math"bawa saja kemana ku pergi"
5.Huiikk, matilah camni nak nyanyi dari mula sampai habis.
6.Pukul 3.00 pagi n redi untuk bermimpi masih mulut "mataku belum mengantuk lagi"
7.Tidur sejam,pukul empat bangun,layan lagi..memang gilalaa aku nehh...
p/s: mataku belum mengantuk lagi,pukul 4 pagi menaip block..memang pelik..

berita:sesat

kenapa manusia masih tidur malammalam buta-kenapa tak bekerja! kan hidup ni tak lama-kenapa siang hidup,malam mati atas katil,kenapa aku tak macam orang lain.pagi bermain,petang berlari,malam bermimpi-sakitkah otak ni nak berehat-sedangkan yang gila masih terlena dengan nyenyak dilantai batu-

bila diri sendiri semakin m'songsang,block tempat menghempas apa yang ringan-harihari mencaci,mulut jahat macam buaya.Esok masih berjaga,dibuai ribut terhuyung-hayang aku.Masalah dan keseorangan mengelilingi orbit aku.Aku jugak orang awam,aku jadi masyarakat,aku masih warganegara.

bagai sotong kurita tanpa sesungut, pandang muka dicermin,terasa ingin menampar.Kurang ajar untuk orang lain yang cuba m'terbalikkan aku yang dah berdiri.Jangan harapkan pagar, esok, pagar tetap berada disitu.Kalau bulan tu lebih sempurna untuk aku.Baik pergi kesana membawa internet lalu menaip.

ada kedai yang menjual cenderahati yang luka,harga yang nak dibeli aku sendiri bukan orang lain, esok ada lagi yang mencari keburukan anjing,sedangkan yang hidup masih terlanjang,
aku masih disini,dunia aku semakin mengembang,entah tidak,serabut melewang.

buku didepan mata tapi bahan seni untuk sukasuka,kenapa tak melukis wajah aku,
aku tak pandai macam orang lain.Orang bodoh!!aku tetap tak berubah..masih memegang apa yang diberi, mak ayah dah semakin meringankan undangundang,tapi aku masih jugak menumpang,kenapa jadi orang lalai,kalau otak sedang membaca.

sesaat kepala mengangguk,hati jadi keras,aku nak menjerit,tak boleh didepan orang layu,
dia tak suka.tangan masih menduakan jari, suara masih menggelegak,aku kuat,jangan mudah layu disebabkan air yang disimbah,lawan balik selagi dia musuh.


sakit hati mata yang buta,kenapa aku jadik macam kayu balak.Nun jauh ditengah hutan,tapi berguna untuk negara,kenapa tak dibiarkan mampos dimakan anai-anai- jangan memegang sesuatu yang b'elektrik,nanti kena sumpah, aku tak takut untuk mencuba walaupun akibat nyawa terputus sekalipon,

untuk malam yang buta ini, aku masih menyusun silang kata yang berbelibelit.


p/s: berapa harga untuk sepuluh pil khayal,aku ketagih untuk bermimpi yang indah...

Jumaat, 3 April 2009

Bulanke-empat dari Orang puteh

3rd April 2thousand9,
masih ada lagi april f**l,
nescaya benda jijik dari aku untuk kamu,
Tuihhhh!!!!
april F**L ke april F**K,
itu buat kamu yang menggunakannya didepan mata aku,
kamu bodoh,
kamu jijik,
kamu kerdil,
kamu lemah,
kamu buta,
dan
kamu musuh utama bulan ini!!!

p/s:untuk mulutmulut april (ingat sampai bilabila)

Hari Muliaaa

otak aku kosong dari apa yang bohong
hari ini dah melepasi dari yang biasa
untuk slogan dan kata-kata hati hari ini:

"Bekerja,lupakan pasal hidup"
"Blog untuk masa tua"
"Berdiri diatas kaki sendiri walau dihimpit"
"Batu belah batu berkecai"
"Uruskan otak dari dunia angkasa"
"Mati hidup kembali"
"Hari ini hari mulia"
"Sakit hati,tersenyum lagi"
"Tiru selagi boleh"
"Rasa hiba keterlaluan"
"Ketawa sendiri "
"uruskan"


p/s: penat yang melampau untuk aku ari ini,(ari ini,ari MULIAA!! )

persembahan akhir tahun

Pesalah
"saya mengaku bersalah diatas segala lakonan pembunuhan yang membabitkan kekejaman dan penderaan"

"diatas pengakuan ini saya dengan rela menanggung segala hukuman yang dijatuhkan hari ini'

"bukti-bukti saya sebagai pesalah telah diperbincangkan,dan saya tidak menafikannya"

"kesemua harta dan pusaka diatas nama saya serahkan kepada mangsa"

"kesempatan ini juga,saya dengan dukacita ingin mengambil sedikit kesempatan lagi untuk bertemu dengan Allah Taala"

Yang Menghakimi
"Dengan laksana diatas undang-undang,pesalah telahpun mengaku diatas semua tuduhan"

"hari ini mahkamah menjatuhkan hukuman ringan buat pesalah disabitkan tuduhan mangsa yang belum mencukupi bukti yang kukuh"

"hadirin sekalian sebagai saksi hari ini telah dijelaskan mengenai butir-butir hukuman"

"dengan ini,perbicaraan selesai sampai disini"

Pesalah=En.Pembunuh
Yang menghakimi=Tuan hakim
Barisan saksi=Pelajar-pelajar kelas 6 koridor
Permakahan= Guru besar
venue=kantin sekolah

PUISIHATIGULANA

Hidup dalam cakerawala-Tanpa rasa kecewa
Hari ini berlari ke langit-mencari sesuatu yang berpenyakit
Langkah mayatku-Sebelum langkah mayatmu
Peluru mencecah di angkasa lepas-saraf otak semakin kebas
Mati selangkah kabur-Hidup dalam kubur
Esok jadi maya,jawat jawatan penganggur

Kereta berlanggar-langgar-tanda malapetaka berputar
baju kalis air-tanda bencana banjir
Helikopter berlegar-legar-Radas nuklear berterabur dilanggar
Batu belah-batu bertangkup-Hidup masih diruang lingkup

Kertas periksa menjadi sampah-sarap-fikiran muda masih belum diterap
kejutan elektrik menggila-gila-kekurangan kitaran semula
Seribu hari menyanyi-seribu kali bersembunyi
Perempuan makin disumpah-anak dihiasi diluar kotak sampah
esok masih menggelisah

Isipadu darah manusia-mengalir ke ruang sarat berlaga-laga idea
Katil medan pengubahan watak-hasil rawatan selaung jeritan meretak
Jarum-Gunting gergaji senjata-esok masih mencari meraba-raba
Masih mati atau hidup semula

Lari dari perang dunia-ngiang muncul bayang-bayang senjata
mati lemas terjun dari gunung berapi-hari esok mencari-cari
hari ini terjun lagi-tapi masih berlari-lari
darah jadi saksi lawan-hasad dengki tikam kawan
esok!!! masih sawan

Bangunan dari tangan arkitek-manusia moden belum celik
musim tengkujuh membawa tentera-manusia moden semakin alpa
senapang patah berdentum gila-dunia batu semakin melawa
lorong bernama dari berita-rumah pusaka buat orang gila

Singa hitam gundah-gulana-habis putih tambah warna
muka penjajah topeng mainan-peperangan sebagai pertandingan
kereta kebal diimport luar angkasa-agar negara rosak binasa
bernafas dalam zionis-hati manusia perlu diguris
jajahan sebagai antagonis

Rabu, 1 April 2009

BunianSeni

Memang aku ni spisis hidup yang tak bernyawa, disepak dan dipijak macam tin sardin yang dah pakai.Adeh macam katak bawah tempurung pun tidak, batu karang dilaut pun tidak, sepaklah macam tak ada polis nak tangkap. Terasa hidup tersangat menumpang dan terpikir sewanya perlu dibayar. Takkan nak kutip daun pokok bunga buat duit. Ya! memang betul benda tu boleh, tupun kalau zaman kanak-kanak. Berlari pun macam disekat dan terasa dibaling batu dari belakang. Dah nak kalah pun nak berdengki lagi. Mengelak !lagi besar yang dibaling. Makin kotor aku,makin banyak arang yang diconteng dan diganyang. Macam saja-saja dan seni Busking pulak bila duduk di kaki lima hujung sana tu. Pakai kacamata dan melagukan sebuah dendangan yang bertajuk ‘Aku seorang Waras’. Pisau yang diasah walaupun tumpul ditikam macam span yang tak ada kesan ke belakang badan aku. Dalam kekotoran dan kedaifan ni pun nak dibunuh hidup-hidup. Selagi tak mati tikam balik sampai mati. Kejam ! dan perikemanusian seolah-olah sama maksudnya. Hari ini kepala tersepak oleh kamu, langsung tak ada bersalah dan menghulurkan bantuan. Nak disepak balik, takut ,malu, lemah,hina.Berdiam ada baiknya. Tak mengambil tahu hal orang lain,lagilah dipinggirkan.Mati ka?Hidup ka? Tak ada sesapa pun amek peduli.Yang terbarunya,membuat latihan puisi dikhalayak ramai, dicakapnya sewel,diludah macam tong sampah. Hidup terasa dah macam tak populariti dalam masyarakat dan terbiar terlantar dihospital,klinik-klinik kaki lima. Rawatan hanya air hujan ,panas terik dan diselimuti kotak-kotak kosong. Hari-hari menghitung terasa tiada apa nak dimakan,dibeli,dijual,hanya tohmahan caci. Orang WARAS! WARAS! WARAS! WARAS! WARAS!


p/s: surat mati bunian
Dunia Gelap

Senja pagi yang kelang-kabut bagi aku,tapi keadaan kembali merdeka bila melakukan sesuatu yang agak menenangkan,first time bagi aku,buat ditempat asing tanpa paksaan....

Ehh!!!kau dah besar? kenapa tak buat benda tu?

Ntahla!!!otak yang malas bercampur-aduk dengan pikiran yang membebankan,esok agaknya aku mulakan, tapi masih khayal dengan dunia mimpi..

Yang berjaya untuk ari ni,memang satu kemenangan yang takkan dilupakan...