Memang aku ni spisis hidup yang tak bernyawa, disepak dan dipijak macam tin sardin yang dah pakai.Adeh macam katak bawah tempurung pun tidak, batu karang dilaut pun tidak, sepaklah macam tak ada polis nak tangkap. Terasa hidup tersangat menumpang dan terpikir sewanya perlu dibayar. Takkan nak kutip daun pokok bunga buat duit. Ya! memang betul benda tu boleh, tupun kalau zaman kanak-kanak. Berlari pun macam disekat dan terasa dibaling batu dari belakang. Dah nak kalah pun nak berdengki lagi. Mengelak !lagi besar yang dibaling. Makin kotor aku,makin banyak arang yang diconteng dan diganyang. Macam saja-saja dan seni Busking pulak bila duduk di kaki lima hujung sana tu. Pakai kacamata dan melagukan sebuah dendangan yang bertajuk ‘Aku seorang Waras’. Pisau yang diasah walaupun tumpul ditikam macam span yang tak ada kesan ke belakang badan aku. Dalam kekotoran dan kedaifan ni pun nak dibunuh hidup-hidup. Selagi tak mati tikam balik sampai mati. Kejam ! dan perikemanusian seolah-olah sama maksudnya. Hari ini kepala tersepak oleh kamu, langsung tak ada bersalah dan menghulurkan bantuan. Nak disepak balik, takut ,malu, lemah,hina.Berdiam ada baiknya. Tak mengambil tahu hal orang lain,lagilah dipinggirkan.Mati ka?Hidup ka? Tak ada sesapa pun amek peduli.Yang terbarunya,membuat latihan puisi dikhalayak ramai, dicakapnya sewel,diludah macam tong sampah. Hidup terasa dah macam tak populariti dalam masyarakat dan terbiar terlantar dihospital,klinik-klinik kaki lima. Rawatan hanya air hujan ,panas terik dan diselimuti kotak-kotak kosong. Hari-hari menghitung terasa tiada apa nak dimakan,dibeli,dijual,hanya tohmahan caci. Orang WARAS! WARAS! WARAS! WARAS! WARAS!
p/s: surat mati bunian
Rabu, 1 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: