situasi 1lawatan aku ke tempat bakal jadik jurujuru-tera dalam sekumpulan penduduk Malaysia neh, kekuatan masa tu taklah seramai satu bas sekolah, hanya dua orang sahaja yang bersetuju untuk pergi, paginya tak payah beratur ditapak perhimpunan tar lagi pekat hitamnya,cuma rileks,tidur atas katil..
situasi 2
jam notebook aku disebelah atas berlambang nombornombor menunjukkan pukul 5.00 sahaja,ada makna nombor tu daripada yang lain, gegas aku ke bilik air yang airnya perlahan macam cerita sang kancil lawan lari dengan sisiput tu, jadi makan masa agak lama dekat situ, dan jangan lupa pulak lawatan yang aku cerita tadi,teruskan bacaan..
situasi 3
Kehadiran yang dijanjikan memang hadir secukupnya hari tu, ternyata lawatan ini bakal dimeriahkan oleh aku dengan rakan kongsi talam, tapi ada jugak babakbabak yang takdapat nak dielakkan,sebabnya yang sorang lagi terpaksa mengambil sedikit masa mengisi perut dengan mi sedap, masa makin dilengahkan ke 5.30
situasi 4
kenderaan yang dijangka tidak ditempah,ternyata tidak tiba dalam masa yang tepat lagi padat, penggunaan tulang empat kerat ni diperlukan, perjalanan dimulakan dari pintu pagar belakang, keindahan panaroma masa tu cantik dihiasi suria yang tak memedihkan mata, anjing liar sibuk mencari tulangtulang, diserikan lagi dengan pasanganpasangan manusia yang sememangnya dilahirkan berpasangan, (untung kamu ya!) , sampai kami dikaki bangunan yang warnanya agak berkalerkaler dari yang biasa, berehat sebentar menikmati tandas oku yang disediakan oleh pihak fakulti, kali pertama aku masuk tandas oku dan melihat struktur pengolahan rekabentuk dalamannya nyata berlainan dari yang biasa,(haha,lain weh),selesai lawatan yg pertama..
situasi 5selaku ketua kumpulan sebagai aku yang tiada pencalonan ini ,mengarahkan rakan mara lagi ke makmal yang begitu banyak sainbort macam kedai makan dekat tengah Thailand, aku jadi taksub tengok papanpapan sainbort tu diletakkan nama yang memang memerah otak dan ollskol kalau nak dikaji semula, contoh yang dapat aku kongsikan disini: Makmal Voltan Tinggi, Makmal Rekabentuk Terbantu Komputer 1, Makmal Ukuran Ketepatan,Makmal Ujikaji Sudut, dan ada banyak lagi yang menyanggah otak aku neh, seterusnya perjalanan diteruskan dari belakang tapak fakulti, banyak juga pasangan disini menikmati dan melawat fakulti neh, ada jugak ambil kesempatan membuat drif menggunakkan skuter, cantik!struktur badannya dari skuternya,ada lagi yang berduaan bersama jin dibumbungkan zink yang berpapanpapan sambil mulut mengunyah twisties yang kuning pudar,ditambah pedaspedas cili rasanya...
Situasi 6
gerakan dilakukan kedalam pula apabila terlihat bapakbapak tangga yang tinggi melangit keatas, loronglorongnya agak kepudaran dan kegelapan bak terowong ditengahtengah lebuhraya, kami lebih berminat nampaknya apabila terlihat lif yang tak terusik, enjinnya masih hidup,cuma kadangkadang tak bergerak dipetik nombor, "mari! kita masuk dan cuba ke tingkat lain yg lebih tinggi", keadaannya usang dan sunyi bagai didalam perpustakaan, konfius terjadik, bila mana kami tidak tahu menekan nombor yang sepatutnya, jadi pintu sudah menutupi kotak bergerak sebesar lif tadi, kami hanya terdiam dan kaku bila enjinnya yang garang bak formula 1 tadi berhenti dan gagal berfungsi, kami kalut,kami gelabah, aku dah cuba tekan nombornya tapi diam tiada sebarang reaksi, aku mengalamun seketika "bagaimana kalaukalau terperangkap didalamnya,manakan lagi kredit meksis ni tiada", agak lama bermatimatian tekan nombornya, keadaan kembali normal,apabila kotak tadi mahu berjalan lagi, syukurlah! kami dah selamat, namun aku cuba membuat ajakan sekali lagi untuk naik, namun ajakan tu ditolak disebabkan takut dan gelabah, (haha)
Situasi terakhir 7'
sudut padang mula dilawat,apabila terlihat seakan tumbuhan hijau yang tumbuh melata bak ulam raja, tapi aku jadi seringgit hairan apabila ditengahtengah dihiasi kon parit yang berbentuk terowong bertimbun, apa kegunaanya, kami cuba dekati,namun gagal disebabkan terlihat anjing yang riang nan permai berlarian diatas rumput tadi, mak dan ayahnya seronok memerhatikan anakanaknya bermain,mungkin ini percutian mereka, Jarum panjang jam tepat pukul 7', kami harus pulang agar perjalanan nanti tidak bertukar ke malam,takuttakut malapetaka yang tak dijemput,setelah limabelas minit berlabuh,kami sampai semula ditapak perhimpunan tadi,masingmasing menunjukkan lawatan ini sangat memenatkan lagi seronok, sampai disini saja...

kalau nak diikutkan citacita besar aku, aku nak masuk tempat tu lama dah...cuma terbangkai...
*aku cukup meluat tahap sawan argh, bila nak buat entri baru nak masukkan gambar lembab macam siput, po'en pokemon betui...cepat arr...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: