Hidup dalam cakerawala-Tanpa rasa kecewa
Hari ini berlari ke langit-mencari sesuatu yang berpenyakit
Langkah mayatku-Sebelum langkah mayatmu
Peluru mencecah di angkasa lepas-saraf otak semakin kebas
Mati selangkah kabur-Hidup dalam kubur
Esok jadi maya,jawat jawatan penganggur
Kereta berlanggar-langgar-tanda malapetaka berputar
baju kalis air-tanda bencana banjir
Helikopter berlegar-legar-Radas nuklear berterabur dilanggar
Batu belah-batu bertangkup-Hidup masih diruang lingkup
Kertas periksa menjadi sampah-sarap-fikiran muda masih belum diterap
kejutan elektrik menggila-gila-kekurangan kitaran semula
Seribu hari menyanyi-seribu kali bersembunyi
Perempuan makin disumpah-anak dihiasi diluar kotak sampah
esok masih menggelisah
Isipadu darah manusia-mengalir ke ruang sarat berlaga-laga idea
Katil medan pengubahan watak-hasil rawatan selaung jeritan meretak
Jarum-Gunting gergaji senjata-esok masih mencari meraba-raba
Masih mati atau hidup semula
Lari dari perang dunia-ngiang muncul bayang-bayang senjata
mati lemas terjun dari gunung berapi-hari esok mencari-cari
hari ini terjun lagi-tapi masih berlari-lari
darah jadi saksi lawan-hasad dengki tikam kawan
esok!!! masih sawan
Bangunan dari tangan arkitek-manusia moden belum celik
musim tengkujuh membawa tentera-manusia moden semakin alpa
senapang patah berdentum gila-dunia batu semakin melawa
lorong bernama dari berita-rumah pusaka buat orang gila
Singa hitam gundah-gulana-habis putih tambah warna
muka penjajah topeng mainan-peperangan sebagai pertandingan
kereta kebal diimport luar angkasa-agar negara rosak binasa
bernafas dalam zionis-hati manusia perlu diguris
jajahan sebagai antagonis
Jumaat, 3 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: