
Anjeng!!anjeng!!A.b.c. sampai zek!! aku kena duduk sorangsorang lagi dalam rumah kuning menyilau ni,lagi pulak ditengah hutan kelapa sawet yang kian pesat membangun diatas tanahtanah merah.Byebye untuk aku pagipagi ni,kenapa asyik aku yang kena tinggal.Aku bukannya penjemput tetamu,taupun tokey explorace yang menjemput para peserta minggu pertama.Rasa-rasanya aku lepas ni kena wat pasport pergi India dan kalau tamat lawatan terus seludup masuk jadi setinggan,barulah aku tak duduk sorangsorang dalam kesunyian.Terasa duduk dalam zoo sambil memerhati iguana hijau yang bertenggek atas kayu dalam ekorium. Kesian memang kesian kalau takdak sesapa pon yang cuba main mercun lalu baling kedalam rumah jiran bersama aku.
Barulah rasa meriah dan jahat macam peragut besi besi buruk ditengah-tengah landasan keretapi yang cuba menjerit bila tengok ada kenderaan lalu-lalang ditengah-tengah hutan menimbun.Terpaksa lagi menunggu dalam kadar yang seminggu termaksima hadnya. Seminggu macam setahun jugak kalau duduk sorang2 tambah takpakai jam dinding,lagilah lama masa nak berdetik.Apa yang aku boleh buat sementara menunggu masa untuk pulang,senang! langkah pertama,amek port badminton dan cuba berkawan dengan abang-abang umur tua.Opss!! saya tiada sepasang reket untuk dijadikan teman beradu nampaknya.Jadi terbengkalai strategi pertama.Mudah! amek sekeping surat khabar dan cuba carik permainan sudoku yang belum dimainkan teman serumah.Sekali lagi,saya tak pandai menguruskan nombornombor yang belum diguna untuk diisi kedalam kotak.tiga!tidur sajalah atas katil cadar biru engkau tu..macam blue power rangers..
Toleh lagi aku keluar jendela berukuran berganda daripada saiz kad pengenalan.Toyota abanza mula parking dalam kotak kuning dengan beroda empat,keluar situa bermisai putih,tapi dia bukannya sesiapa bagi aku,cuma persepsi otak tak mengenali insan ini.Keluar dari bangunan kuning ini sorang budak sebaya dengan rakan aku yang lain,menyambut tangan dan memasukkan barang dalam kereta abanza.Ceh,semua ni sandiwara bangsat yang cuba dilakonkan depan mata aku.Ternyata mereka berpura-pura pulang kerumah.Riak muka aku gagal dirasakan gembira dengan situasi ini, nampaknya selepas ini terpaksa bersembang dengan abang posmen yang rajin menghantar surat kerumah jiran.
It'sokey!! aku bakal tiba dipelabuhan penang tak lama lagi.Jadi!segala memori aku didalam almari bersama borang-borang maklumat penduduk awam bakal beroperasi.Bakal mencetus suasana riang bak super ring yang riang.Aku ingin lagi bermain api ditepian pantai,sambil bermandian selepas subuh menghening,bersama air laut yang semakin pekat masinnya.Aku ingin lagi menyunsur dikakikaki lima bersama papan panjang dan merudum jatuh kedalam longkang seven-E,aku nak lagi melanggar kereta-kereta langgar yang disewa dalam kadar seringgit ke enam ringgit.Wayang yang sentiasa menggamit suara aku,rakan-rakan dan bala tentera yang banyak membangkang dari setuju.Aku belum puas lagi melepak di kedai-kedai siam yang banyak menyediakan masakan siam.Namun teh'o ais napam dek yang jadik santapan sahaja. Semua bakal menjelang tak lama lagi,ibarat menunggu pengumuman jemaah haji pulang ketanah asal.Suka bagai dibelikan buih belon yang ditiup bersama sabun yang memedihkan.Sebelumnya aku terpaksa balik distanza keatas.Dan bakal mengucapkan byebye pulak untuk kelapa sawet ni.
p/s: To my lovers 'Mom'.Lepas ni takpayah telepon kerap-kerap tanya bila nak chow.haih!!miss u again..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: