
Apa kena mengena aku dengan ari ni? aku hanya seorang lelaki yang pandai menunggang basikal sambil makan aiskrim, dan aku tak pernah bekerja dilombong bijih timah, ataupun kilangkilang arang yang tak diambil peduli,mahupun jugak ladangladang getah yang berdarah susu sering disiatsiatkan, dari segi penyambutan, memang aku tak pernah celebrate since dari aku kecik sampai sekarang,tak pulak ada mulutmulut yang sebut depan aku, makayah aku selalunya tak pernah suggestkan pulak ajar aku sambut, ataupun keluar bercuti sematamata untuk menyambut 'Hari Buruh', tapi aku tetap nak belajar cakap 'Selamat Hari Buruh',kalau diingatkan aku semasa sekolah rendah dulu, aku pernah sekali terpanggil hari ni,sebagai 'Hari Guruh',puncanya cuaca pada masa tu hujan lebat ditambah petir nan kencang menyambar bak pukulan tenis Nadal, hari guruh adalah hari yang mana aku tengok orang banyak tak pergi kerja sambil mencuci kereta dihadapan rumah, Secara jujur aku tak tahu menahu langsung apa kaitan hari ni dengan aku yang sewel dan buta buruh ni,dan apa yang aku lakukan hari ini hanya baring diatas katil sambil menikmati cerita dari tempahan tiket ke alam mimpi, secara logik, cuba tengok betulbetul, hari ni boleh dikatakan wabaknya hanya sekejap saja, selepas seminggu tiada lagi berita angin yang khabarkan tentang hari ni, mungkin disebabkan tiada harga runtuh dipasaraya,hari cuti nya cuma sehari dalam setahun,gaji masih bulan hadapan baru masuk, ataupun halnya taklah sepenting sangat pun, kalau nak dikajikan semula, pekerjapekerja ni sebenarnya kerja yang paling berat bagi aku,ya! satu, tengok perangai orang Malaysia hari ni semua malas nak buat bangunan ataupun sederet rumah, semua tamak nak jadi orang atas yang suka kutip tendertender berlungguklungguk macam gagak bertenggek atas wayar elektrik,tunggu masa nak cari makan ja,ada peluang berebutrebut macam takdak makanan lain, masyarakat kita boleh dipanggil pemalas bancuh simen,pemalas duduk tengahtengah panas,pemalas nak pakai baju kotor, sesapa yang perasan, tengok cermin,ludah!!selepas dari hari lahir aku yang lepas aku rasa dah mengenali sikit erti kesusahan orang buruh ni, dulu kita dipandang hina sebabnya kita dijajah dan mereka jadikan kita sebagai tenaga buruh diaorang yang datang bersama tongkat dan senapang, aku rasa hasil orang dululah jugak sistem pekerjaan Malaysia hari ni bergerak maju disebabkan kerajinan dan komit mereka,dan aku dah malas nak ulas panjangpanjang, disebabkan cerita aku tak pernah semakin ditekan papan kekunci , semakin pendek.... "Selamat bekerja wahai buruh yang berguruh"..
*terlampau komited dan bekerjalah seperti Guruh...untuk guruhguruh kasar...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: