Selasa, 9 Jun 2009

kali:kedua:hidup

aku
masih lagi fesyen lamabaju hitam,seluar hitam,kasut hitam,kepala hitam, disebabkan lampu didalam bilik bertahtakan kalimantangsudah tak mahu mengilat.

sunyi.tapi takut penunggu tadi datang bertanya sama penunggu A mula gegas memberitahu yang dunia sudahberada dihujung bucu meja.bakal terhempas tak lama lagi.
siku aku yang telanjang mula mengigil kesebelah kanan. gigil mereka mula memberangsangkan, bahawa ia taklama lagi berlaku.

sepetang yang biru melangit bersama renda2 awan mula memimpikan dan membantalkan aku yang leka.ribut jadi gila, pokok tercabut memusing kelapangan langit, rumah berpecah,kontang-kanting,anak kecil riak sepenuh hati, ibu masih didapur bersama seutas tali yang dililit ditiang utama,

azan yang bertalu mula ngilu dihambat angin mengombak,aku. masih buta dalam silinder pekung yang sempit,
bebola hijau sudah mahu pecah, bibik mulut kedalam hati,

masih lagi tersedar aku untuk bulan terakhir pada tahun ini, kata Guru, esok tahun baru, dan aku masih lagi takut
ia tak sempat nak ditunggu. takut aku gilagila,takut aku segelen petrol mahu terbakar.

baju hitam, seluar hitam tadi mula comot, ia berwarna,kadangkadang gelap,sembunyi,
nampak! yang tinggi mula meliuk badan kebelakang, ia mahu lari, katanya dosa semalam tak dimohon ampun,

kata aku! kamu takut,tiada apa nak dimohon sudah kerna kita sudah sampai di dunia lain,(bangun untuk kali kedua)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: