semalam saya tangkap dua batang tembakau, dan arini tembakau tu masih ada, kitaran saya disini berulang untuk mendapatkan dos yang diperlukan, bagi saya,ia satu oksigen seperti makan dan kumuhan, ia sentiasa berulang untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan.
Dying Fetus mula mengencam dunia sekarang, bagi saya ia mula nampak kadar penentangan tu semakin bagus dan menaik, namun orang yang hendak menentang tu pun saya rasa seorang pembakar yang tegar juga.Sewaktu di tempat sendiri cuti lepas, saya dan rakan mempunyai masalah untuk membeli tembakau yang mana keadaan yang cuba dipamerkan agak kritikal dan jijik, kadang2 saya rasa gambar tu dikutip dari mana pesakit yang bukan pembakar rasanya.Disebalik orang ramai sibuk memlilih bentuk dan lambang yang sesuai, ada juga setengah pihak yang cuba letakkan gambar2 perlembagaan, ini salah satu penentangan terhadap pembakar kah? saya kurang pasti.Dying fetus adalah lambang yang saya banggakan sampai arini dan kotak 14 ke 18 saya tidak jadi masalah untuk dibeli.(haha, hanya lu saja kawan yang tau apa itu dying fetus).
Minggu cuti yang lepas ada kawan yang baik memberi layanan kepada saya, dia offerkan saya tembakau yang bukan dibalut dari gambar pesyen tapi bungkusan peti besi yang keras bersama apinya sekali, saya rasa dia begitu baik dan cuba membantu saya yang serba kekurangan untuk membeli tembakau,saya rasa beliau merasai yang melakukan sesuatu tidak elok jika tidak berkongsi sesama kawan. Ia ada nilai dan koneksyen yang baik dalam penjagaan status beliau.
Untuk isu baru lagi, saya ada terbaca sebuah rangkaian blog oleh sebuah individu 'PEREMPUAN yang TAK BERTEMBAKAU', apa yang beliau cuba ulaskan ialah persamaan tembakau dan pengharaman chewing gum di Singapura, saya mula senyum sengih takkala penjelasannya betulbetul serius dan menentang isu muda dan tua yang membakar.apa yang boleh saya ulaskan disini chewing gum itu bukanlah satu benda yang boleh buat orang ketagih yang melampau, ini bermaksud sistem tembakau itu sendiri mempunyai nikotin yang diperuntukkan untuk seorang pembakar, jadi ia seperti cuma samakan nasi tadi dan gulagula,benda yang kita cuba lakukan dari kecil sebenarnya ia akan memberi impak yang besar kedewasa kelak jadi pemberantasan dari kecil itu penting dari tabiat orang tua mahupun dewasanya sudahpun terlekat.Tembakau bukan benda ubatan yang senang untuk ditinggalkan dan beliau cuba mengetatkan lagi hukuman agar isu tembakau itu diharamkan terus, saya ketawa lagi, yang mana tembakau itu sebenarnya untungan kepada kita sendiri, ia membuat duit untuk kita sebenarnya,
memang sebenarnya susah untuk membuat penerangan yang melekat kepada mereka yang tidak berkemahuan untuk membakar, tapi cuba fahami dulu nasib seorang penagih dadah yang dipaksa untuk berhenti, ia melalui proses paksaan yang melampau bagi saya, ia! memamg paksaan itu untuk kebaikan, tapi beliau mempunyai hak individu yang perlu dipandang tinggi, saya rasa jika tembakau itu diharamkan sekali pun, kita tetap juga cari dan menyorok didalam rumah,ia tetap ada sampai bilabila, saya janji.manusia harini sebenarnya cuba mengeringkan oksigen kepada pembakar, mereka tidak tahu sebenarnya pernafasan seorang pembakar tidak sama sesedut oksigen yang ditarik oleh mereka, rongga mereka sudah sebati dengan debu dan minyak hitam. tanpa debu dan minyak itulah ia mula menumbuhkan reaksi yang gelisah dan memedihkan,
sumber idea dan kelapangan saya adalah sumber yang kamu bencikan harini, bukan saya hendak menentang segala kerja kebaikan, tetapi jawapan yang cuba ditunggu bagi mereka sebenarnya mengambl masa yang lama.
Ingat jika sehari tidak mengunyah chewing gum memang tidak sama sehari seseorang itu tidak membakar.(haha).
samakan jugak yang kamu dari kecil sudah diajar kenyangkan perut dengan sesuap nasi, mereka pembakar juga sama sehari tidak membakar.Benda ni sebenarnya tidak perlu dipaksa tapi hak individu itu sendiri yang harus memaksa.
Isnin, 15 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: