Sabtu, 27 Jun 2009

nombor.lucah

dua kali melipat kertas putih dan direndam setengah abab didalam almari,dibakar bucu lalu ditiup bagaikan debu didalam piring.sudut tepi,hilang,berhabuk
dua minggu ini aku sudah diberitahu bomoh yang penyakit aku semakin melarat.insomnia diskret!
mata pejam,otak senantiasa dipintas petir2 nombor.
empatratuskali juga kepingan pil khayal yang boleh berdadah.terhantuk kepala taknya kesan,tak lut!lalu ditanya dari en. hasil:

"tiadalah kamu yang bingung dan ketagih ini,akan sentiasa menagih jika selalu merasainya",
lalu aku membina persoalan:
"tidakkah merasai itu,lebih puas dari memerhatinya sendiri?" dan "kami tidak menyekutu,kami berusaha."

"gelojoh kejalan yang benar,kamu tahu?inilah dia nikmatnya.", en.hasil memberhentikan soal disitu.
dia bingkas berlari seperti takut dan menyimpan sesuatu ditangannya.
aku bermesej kedalam hati "eh! itukaann kertas lama berukuran A empat yang diperonyok dan basah."

bukan kami yang meminta sesuatu nikmat,tetapi ia datang dengan perasaan.benda itu selalunya membantu.kami harapkan segunung pasir ke dalam larva panas (jadi kaya).padam tulis memang biasa.salah betul memang membantu,merah tanda kurang baik,biru membuah senyuman ego.Bincangkan segala topik teori sambil membedah otak lalu kami diberi suntikan jarum yang sedang bernanah.Yang datang selalunya susah,yang pulang selalunya senang.asas2 pekat menukar dari tambah,tolak,silang,hubung, ke tapak pemujaan.habuan.

sudah diberitahu! jangan menghafal segalagalanya.membunuh!.satu bukan seorang,satu sebagai ketua disini.
"banyak yang tidakku paham disini,terlalu ghairah terhadap kelucahan nombor",


* kaedah kertas lama direndam dalam air selepas pukul dua belas mlm sangat menakutkan.selalunya timbul notnot yang bukan2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: