Bila anjing yang busuk dah berasa kebas tuk menjadi serigala jadian.Tandanya aku dah mula bius dan pitam tak dapat bezakan langit di pantai dan langit disini.Tua dijalanan dan muda peleseran berkejaran.Saat pukul dua pagi keluar dari rahim,nyata darah sebagai bukti dan serigala anjing sebagai saksi.lahir mencecah kepala dengan ruangruang sempit,kaki kaku,badan ketat,suara jahat,dan memikirkan pentaspentas lohong diragakan bersama fesyenfesyen ketelanjangan.
Dari cermin tingkap yang sedikit retak,dapatlah aku lihat dunia dengan otak dan matakepalaku yang kosong lalu diisi dengan jeritan agungmu bersama rentetan tangismu yang mengalunkan tangis buatku semula.Tiada lagi isuisu gula,kenegerian disitu,kamu mula memuntahkan segambit gembira sambil matamata noktunal melihat tanpa raguragu tepat memandang wajah yang masih bingit ini.Tidak sesekali dilepaskan kedalam longkang dan gengamnya erat,kuat,ketat dan waspada.
Nyawa yang sudah aku gunakan bersama oksigen diluar ini mula menampakkan sesuatu yang segar tapi busuk dengan sandiwara dengki dan tamak manusia.Penapis mani dan penapis malu juga kau beli dari hati yang busuk dengan duit yang kau ada,lalu manusia tidur dibuai dunia,kau tidak ketinggalan mendaftar.Buang dari genggammu yang erat,ketat namun jujurmu hilang dimakan anai-anai malu.Bila keraguan darah manusia mendadak 900 darjah selsius,disitu ia mulakan kembali zaman kemudaan getahnya yang masih lagi pekat dengan lubang-lubang sempitmu.Tiada lain untuk mengisi tabung hidupnya,selain sejuta daun ringgit hingga melepaskan roh rangsangmu kepada sipendekar yang sentiasa mendaki puncakpuncak klimaks.
Dan hari yang sudah lewat belabuh ke subuh,aku disini,dilorong kotak bertemankan anjinganjing hitam.Bimbitkuberdesing untuk kali kedua,dan disitulah aku menyimbah dengan ludah-ludah simen agar ia keras,kaku dan batu.Bila sepasang tangan digenggam oleh sepasang jantina yang mengapitnya,aku lihat dengan lemah bongkak dan sakithati.Itu diari semalam yang secebis kertasnya sudah reput akibat titisan darah airmataku yang masin.Dia disitu lagi,mencari potretpotret elit yang inginkan hiburan dan kepuasan rangsangan.Rela ditindan,kaki terbuka zipnya dan disitulahkarier kamu bermula.
Bila tar mula hilang hitamnya,disitulah hati ini mula membubarkan sejutarasa ingin hidup,dan bila semalu menutup rapat kecantikkannya,disitulah tangan ini berlaga dan bermohon.Tiada entiti buat selamalamanya,bukan itu yang ingin dipohon dan sejuta kerobohan kota simen sekalipuntidak mampu mengibaratkan hati ini.
Dengki dan pupus mula disiram air disini. Bendera mula berkibar dibelakang rumah.Sampah sesekali bertebar,dan disitu abu kertas mula melayang setelah terbakar.Aku akan toreh segala lukaluka itu agar ia sentiasa pedih dan mengingatinya.
Disini anjing bertemu anjing.Tiada bunyi serigala tetapi kong kang,kong kang.
Tiada Rangers,Rider,Batman dalam hidupku dan petang mula berada dihujung jambatan,disitu aku berkejaran bersama pepatung kopi bersama Doro patung buruk ini.Tanganku lilit sepenuh dibadannya,dan situ dua nyawa mula hidup saling bermain.Sejenak berhenti penat berlari,renyai hujan mula menghasut untuk dendam.Dapatku dengar ribut saling berhasutan.Disini,hati merah mula hitam dan berRevolusi.Tangan ini sudah mahu berkarat,dan aku mahu mencalitkan kekotoran buat kamu agar bisa lekat darahku adalah warismu.
bila Revolusi bergulakan sperma
300809
21:00