Tiada lagi malam pesta dan segala anjuran sihat dan sakit dari pengetua muzik dan negeri diluar sana terhadap ogos sebagai bulan kemerdekaan.Merdeka yang ringan.Merdeka yang sederhana.
Bagi aku,hari pertama untuk Ramadhan.Terawih! dan seharian membingitkan kepala dengan bising grinding.Haha..moga tiada pembatalan hanya sekadar lapar dan dahaga.Bagi menunggu ketibaan 30 Ramadhan,rilisan pertama dari sambutan Ogos ialah Merdeka.Untuk split pada bulan yang keliru dan masing-masing cuba untuk puaskan hati rakyat dan imannya,maka diwujudkan Merdeka-Raya.Track yang pertama Merdeka dan yang terakhir Raya.Dua single yang meriah julung kalinya dipaketkan.
Kepenatan tekak yang disimbah kuman panas,tidak akan menjadi halangan untuk mereka yang sedia mengambil kerja kosong
untuk hiasan Jalur Gemilang diserata tempat.Tiang elektrik,atap rumah,hingga hiasan kereta dan rumah tetap dipalitkan satu lambang Negara yang dimegahkan.Bernyawa dalam dahaga dan lapar bukan menjadi penghalang untuk menyucikan diri baik dari mereka yang selama ini berpura-pura lahir didalam Islam.Ketinggalan bagi seorang lelaki bukan lagi haid,mandi masah,dan keuzuran yang ringan,jadi jiwa perlu dipupuk semangat bangin dengan kuat terhadap kesibukan beriman.
Untuk stesen radio,kemungkinan berlaku pintasan lagu yang terkeliru.Samaada M.Nasir (1 raya) ataupun Sudirman (tanggal 31).Strategi dan tindak balas untuk Ogos,maka segala macam mak nenek single diputarkan dicorong-corong stesen radio dan diwujudkan satu slogan dari awal iaitu satu Malaysia.Satu slogan agar tidak lupa tentang gambar-gambar Tun-tun yang berjuang menuntut kerayaan Negara.Slogan yang tidak mahu ada jiwa Merdeka yang terkorban.Dan bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita,Al-Fatihah.Moga roh mereka dicuc uri Rahmat.Terima kasih atas segala produk dan nostalgia mereka terhadap kita.
"segala aktiviti bising,kembali
membentuk pil buat seketika..."
Iklan-iklan dan memo-memo penyakit hingusan.Insyallah! Drama ini kemungkinan akan mula mengeluarkan virus palsu pada bulan yang berkat ini.Sistem wabak boleh ditentang jika seseorang sentiasa berada didalam keadaan bersih dan suci imannya.Tentang tetap tentang bagi segala hingusan yang cuba memanipulasikan sistem badan.Lawan dan buang sejauh yang mungkin.







010809
Sebuah gig yang kuat,namun belum cukup mampu membingitkan dari yang lepas-lepas.Dan ini angkat sumpah untuk bulan ini."Metal akan lahir semula selepas Ramadhan...".Haha.Kebanyakkan yang datang cuma menuntut band yang diperlukan sahaja dan kekecewaan lagi untuk aku melihat Naga Kedah "Samartary" mengaum bangkai mereka.Kekurangan dan ketidakdatangan band yang dipuja menjadikan lagi hati ini terhampar dan putus cinta buat seketika.Yang terakhir membuat kepuasan dan kerinduan untuk sebulan.Rileks dan habis..haha.sekejap saja.Dan mohon segala jenis ampun,ulasan ini agak pendek lebar,kerana faktor sibuk yang memakan hidup aku.Untuk Merdeka..Selamat maju untuk Malaya..
"Malaysia makin,makin,makin maju!! tapi kita makin,makin,makin layu...!!"..FTG
'Sepasang maksud yang berbeda,jiwa kamu dipupuk mencintai memajukannya,dan kamu masih lagi terkendong ketinggalan...!.' dipetik dari pengulangan kalendar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: