selepas badan meyujud jatuh menyembah lantai bumi dengan sisasiasa baki dosa semalam yang tak terampun.
hidung masih lagi merebutrebut oksigen bersama manusia sebelah yang gagal menyedut.
saya sebagai manusia yang sentiasa mengadap kiblat sentiasa buta apa yang sedang berlaku dan waktu masa depan yang sentiasa berjalan tidak menunggu sesiapa yang sibuk membetulkan tali kasut nyawanya.
Ikat tetap ikat,jengkek tetap jengkek.Mungkin itu satu undang-undang semasa kamu mengisi borang hidup selepas keluar dari satu perut yang tak pernah cuba untuk ditikam dari luar.
dokumentasi ketibaan!
saya takut menyebutnya.ia serupa hantu yang memang sesiapa tidak dapat lihat dari mata kasar.Ia diamdiam, halus,tersirat, dan sangat besar dalam dunianya.Memerhati kamu yang asyik melihat tentang medium yang dibuatnya.Bagi kata lain,saya sudah terpedaya dengan penghatarannya.
Tak salah jika lihat manusia sahaja yang hidup diatas mukabumi,tetapi alam yang terbentang luas sudah dihadiahkan dengan sejuta kaum yang memang belum habis dikaji.Dari belakang pergunungan,piramid,gua
dan segala yang hidup dicakerawala mula bergerak dan membuat sistem masing masing.
Bumi sebagai titik penembak yang memang tak pernah berganjak dari semalam menunggu mangsanya.Semalam kita cuba bunuh bumi dan hari ini ia bangun dari deringannya cuba makan kehidupan diatasnya.
Ada yang cuba keliru tentang kawalan bumi,siapa yang mengawal segalanya.Percaya dan waspada,dan wujudkan hati hati khianat terhadap kaum lain.Jika kamu percaya,itulah ujiannya,pancaroba untuk bumi kekal
hijau dan purata untuk yang diperlukan atas mukabumi perlu mencukupi tetapi tidak ada yang lebih.
Dan apa kaitan segala hidup ini,dari moden,alien,satelit,media,hiburan dan segalanya bersangkut paut. Lalu kamu hanya dapat lihat keperluan yang membawa kesemuanya bersatu.Saya fikirkan itu paling tepat dan hanya itulah jawapannya.Tapi tidak,tersasar.Kesemuanya memang bersangkut paut tapi bagi saya ada sesuatu yang cuba membawa segalagalanya kedalam satu penindasan terhadap orang lain.Satu kaum dimana mereka cuba untuk menandingi kuasa dari segalagalanya.Cuba menjadi ketua kepada rakyat mukabumi dan mahu dibawah telunjuknya.Jangan kamu mudah membayangi cerita tentera yang beribu tentera yang mengikut telunjuk sebuah tangan ketuanya dan sebuah negara orang putih yang sibuk berperang sesama jiran.sama sekali tidak.Ia yang membikin kedua-duanya.
Ini tentang kemewahan dan kelesaan yang melampau bagi mereka.Mereka mahu bebaskan ideologi mereka kepada orang lain yang buta tentang segalanya.Satu hari! sudah tentunya berita yang kamu tunggu hanya surat khabar dan berita tv.Kamu malas mencari benda yang sememangnya jauh sudah reput dan tahyul.tidak logik.
Percaya bulatbulat tentang kejadian hari ini dan kamu masih lagi teruskan hidup sebagai manusia yang memerlukan hiburan diwaktu sunyi,seks diwaktu muda,dan anakanak kamu sentiasa dibiarkan dengan dunia gamenya.
Tidaklah saya selalu betul disini.tetapi sebagai kaum yang sudah diajar bersatu dan saling tegur antara satu sama lain sudah menjadi cabang untuk kekal selamat dari tempias virus itu.Tidur semalam tidak menyedarkan saya,
tetapi dalam perjalanan pernafasan saya sewaktu bernyawa selepas pukul dua belas sudah mencukupi jiwa tentang kesedaran untuk dunia.Dan hidup ini memang tidak perlu sahaja memikirkan tentang fesyen,makan,negara,politik,mandi,tidur dan segalanya.Manusia hidup mempunyai kadar kecenderungan terhadap sesuatu yang moden sekarang.Waspadalah setiap langkah dan jalan yang kamu ambil.
Bagi saya ia tentang kesemuanya yang telah diciptakan perlu diambil tahu.Tidak kira didalam proses ataupun sudah melepasinya.Manusia dari dahulu sudah dijatuhkan kemuka bumi,dan ia sangat luas membentang segala kehidupannya.Disana tetap ingin tahu disini,dan diatas sentiasa cuba untuk turun kebawah,didalam mula bergerak mengenali diatas.Susun langkah sebelum kamu berundur dari medan perang,kerana mengalah adalah sesuatu tentang penyerahan untuk segalanya.
*p/s: medium untuk hari ini:
1.dua surat khabar
2.internet
3.satu buku tentang kebenaran
4. sekertas memo tentang kerja kosong.
Rabu, 19 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: