Selasa, 1 September 2009

EmpatKerat:

Hanya matahari hidup diwaktu siang.malam,musuh menanti burung hantu kelabu. Dihujung jari telunjuk ,tersangkut plastik hitam yang berisi lebih dari kuantitinya,sumbusumbu terjepul keluar. Tapak kaki.malam ini, bergesel sesama lalang lalu ranap mencium lumpur. Teman dibelakang jadi bayang-bayang.Diam-diam mengekori sambil lihatlihat cermin belakang samaada diintip atau ada bekas kaki yang tinggal.

"Arghhhh!!kenapa malam ini hanya tinggal kita dua?"

"Yang lain semua dah takut,Kalau nak true macam ginilah!!".
"Kena ada semangat berani!! .tak putus asa...."
"Samad tu!! Petang tadi sengihsengih depan aku."

“Alah semua ni Samad yang ajarkan!!kan?."

“Elleh!!sikit aja tu...aku ikut betulbetul..dapat arghhh..”
"Din?malam ni kalau timbul depan mata!! aku nak bersemuka terus."
"Ahh!!jangan macam lepaslepas.Kau ikut Samad blah macam tu ja!!"
"Kau tunggu sampai habis aku buat!!....baru belah....!"

"Ok,okey..."

Pungguk kelabu mula bersiul mendayu bagai penanda waktu betulbetul tepat ditengah malam. Semak dan gatalgatal lalang dikaki mula mengigit kulit.Tangan kiri yang masih diseluk kedalam poket lantas diterpa ke buku lali.

Tappp!!!
"nyamuk besar gajah ni...!!!".
"Kau tak rasa pelik ke? Si Samad tu tibatiba cakap ada hal."

"Dah tu!!Kau pulak baru saja bergaduh dengan bini!!".
"Mariam tu! malammalam asyik tinggal sorang..kau kesian la sikit..!!".
"Tinggalllllaaaaah tabiat kotor ni!!!kau kan baru saja lepas kahwin!!".


"Ni yang last la ni...Din!!".

Din lalai mengguris pemetik apinya.Digeseknya berulang kali agar ia boleh lagi dipakai.Malam semalam bulan tegak membeliak diatas kepala.Ibarat lampu yang menyuluh hutan rumah.Pemandangan seolah-olah tajam seperti siang.Dan malam ini,sang rembulan menyorok dicelah-celah ranting.Bagaikan penunggu yang memerhati.Bentuk badan pungguk melekat pada bulan,seolah-olah bayang.potret.

"Din!! Kau macam tak biasa!!Buatlah kerja sikit,aku tengah kaut semak ni dengan kaki.Tolonglah!!".

"Kau em bulat betulbetul atas tanah ni!!.Elok-elok garis,tanah lembik sikit malam ni....!!!"
"Mana lilin tadi.Cukup lima batang?".
"Kali ni kau buat cantik2,lima penjuru sudut ni memang cun macam semalam.Lubang sama....".
"Tanah lumpur ni lembik!!!!!,susah pulak nak pacak tegak betulbetul!".

"Ni semua hujan dari subuh sampai pukul pat tadilah!!".

Dibenam satu persatu lilin disetiap penjuru yang digaris.Tangannya mula merasakan angin bayu malam bercium sesama bulu roma.Dipandang sekeliling nyata suasana seperti sudah ingin bermula. Cahaya pemetik api mula berkelipkelip bagaikan petir dijendela.Lima minit menyalakan sumbusumbu lilin,pokokpokok disekeliling seolah-olah ditampar dengan cahaya keemasan, laju melekat pada daun2 kering mahupun batangbatang pokok. Cahaya sama seperti semalam,api kuat dan memantulkan kepada belukar seperti ombak yang melandai.


"Keluar barang-barang cepat!kita start sekarang!!Oh darah!!lupa...".

Syyrrhhhhhhh!!!!! Bunyi seperti daun bersuara apabila dilanggar dengan laju.

“Din! Kau dengar tu”.
“Aku rasa malam ni kita boleh panggil banyak..,kau kena support aku,baca betulbetul!!”.
"Kalau ada habuan kita bagi dua!!Aku memang dah takmau ada share dengan Samad...”.


Di dalam kampong sebuah rumah.Samad sinis berbisik menyanyi senang.Diikuti lirik-lirik dari radio buruknya.
“Dipohon beringin kisah bermula......”
“Sipuaka pun mengilaikan suaranya.......”

"Haha!.aku sengaja taknak ikut malam ni".
"Mariam..Mariam...kejap lagi sama-sama berjilat la kita malam ni!!!".
"Aihhhhh!!!! Bodohbodoh..".




kiriman dari 'BukuLima Puan Muda'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: