Sabtu, 12 September 2009

dakwat:haram part:0

“Ini bukan tentang majalah perempuan pinup ataupun lelaki buaya.Ini tentang Budaya.SENI.Gaya.”

Dengan nama gagah INKED,ataupun DAKWAT magazine adalah sebuah paparan maklumat bukan tentang tattoo semata-mata tetapi tentang lifestyle, culture, fashion, music,dan sebarang jenis art.Dan kalau anda lihat mukadepan memang terdapat gambargambar artis ataupun selebriti yang mengayakan bentuk seni tattoo yang melekat pada badan mereka secara seksi.(Dah tatu tu sampai kedalam baju sampai kecelah kankang,mestilah kena show off sikit.).Dan jangan terkejut plak,tatu mereka dah jadi macam pakaian,dari kaki hingga ke kepala hotak.(Samada perempuan ataupun laki.)Terdapat jugak ulasan tentang fesyen2,stail,jenama,barang kulit,dan artis.Inked sebenarnya sudah dipromosikan selama sepuluh tahun yang lepas sehingga hari ini.Keseluhuran target untuk majalah ini lebih tertumpu kepada tatu, terutamanya selebriti ,model2, skaters,rockers,tattoo maker,dan segala jenis seni yang bersangkut paut dengan tattoo.


Inked bukanlah pembuat tatu kepada artis mahupun individual,ia adalah majalah yang menyingkap tentang rahsia2 tatu,dan corakcorak tatu dicakar kepada sesetengah orang.Didalam majalah ini anda akan lihat tentang artikel-artikel,album reviu,dan sejarah-sejarah pembuat tatu.Bagaimana mereka bermula sebagai lagenda tatu,album terbaru dari artis samaada metal,rock n roll,punk,pop dan lain-lain lagi.Bagi tenaga kerja dalam majalah ini terdiri daripada Chris Neiretko sebagai editor,Craig Burton,Jipsy dan lain2 untuk fotografi, tenaga2 stylist,dan mekap artis.
Majalah Ini jugak memaparkan tentang pandangan artis-artis mahupun individual yang mempunyai tatu di badan untuk diinterviu sikit tentang pendapat mereka.Antaranya Rob zombie,(gua nak cita nanti)bagaimana ia memilih tatu yang cantik dan siapa yang membuat,Suicide Silince,menganggap tatu sebagai baju,dan selebriti-selebriti lain seperti Kat Von D,Gallows,dan yang paling terbaru untuk muka depan DIABLO CODY.(Isu September).Dan yang paling gila,ulasan dan interviu dari lagenda-lagenda tatu dan pembuat tatu ituu sendiri.Bagaimana mereka bermula karier,barang yang dipakai,pandangan tentang revolusi tatu.Master Dragon,tatutatu naga yang cantik-cantik dan mengambil masa yang berjam-jam untuk disiapkan.Cara untuk lakaran itu sendiri,semuanya anda boleh tahu melalui,INKED.Kononnya inilah majalah sebenar tentang tatu.Tetapi perihal yang lain turut menjadi isu.Contoh macam kat sebelah ni,adalah karya seni lukis dari orang.


Untuk ulasan album,macam biasalah anda baca melalui majalah muzik.Ulasan tentang sruktur studio,promosi dan corak lagu didalam album.Band-band yang menjadi isu,dari segi pelbagai genre,antaranya,Lamb of God,Black Sabbath,AC/DC,Eagles of Death Metal,King Khan & the Shrines dan rock n roll punk' New York Doll.(ada banyak lagi).Tentang album hanyalah sedikit sahaja,tidaklah ditanya secara panjang lebar.Dan ada jugak diaorang selitkan ulasan band yang bertatu seperti Killswitch Engage,Gym class heroes,Suicide Silince dan Green Day.Selebriti untuk muka depan selalunya jika tidak artis besar mesti selebriti macam model.Contohnya dekat bawah ni:

Diablo Cody:Isu sekarang:September

Kat Von D n Denise Richards:

Maria Brink:

Frank:Gallows.paling buehh skali..

Bam:

Slash+Slayer=Slasher :haha

Target utama majalah ini selebriti yang bertatu.(aku rasa kalau orang gila pun dia bantai jugak).Antara umurnya yang mereka nak untuk gayagaya tatu,selalunya,18 hingga 39.Ialah,tak budak dan tak tua sangat.Baru nampak serius dan universal sikit.Untuk ruangan lain seperti galeri buku yang diaorang ada seperti The Japannese Tattoo Design,Dragon tattoo Design,dan yang lain,anda boleh beli dari mereka.Isu yang jarang penulis majalah lain ulas,ialah Makna-makna disebalik tatu,(perghh,tatu pun ada maksud yg tertentu).Antaranya contohnya,aku listkan dekat bawah ni:

Maksud-Maksud TATU.

Angel-perlindungan,pengawal
Kelawar-Kebahagian,misteri,panjang umur.
Beruang-Kehidupan baik,dan kejahilan.
Sauh(Anchor)-Selamat,harapan,balasan dosa.

Syaitan,hantu,(Devil)-kenakalan,kedesakan seks
Naga-Kekuatan,power.
Helang-Raja segala burung,Semangat yang kuat.
Ying-Yang-Harmoni,percampuran

Serigala-Kebenaran,perkahwinan
Unicorn-Kesucian
Senjata-Keadilan,kekuatan,dan kejujuran.

Dan banyak lagi maksud-maksud tatu yang seseorang itu buat,bagi makna lain simbol bagi dirinya,keselamatan,sikap ekpresi diri dan lain-lain.Ada lagi sebenarnya yg aku malas nak typing seperti rantai,lembu,api,mata,ikan,hati,bulan dan macam-macam lagilah.Antara ulasannya,sebelum individu itu dilakarkan,ia akan memilih berkenaan dengan dirinya.Jadi,tiada siapa akan gelak jika tatu itu berbentuk penguin,bunga,dan sebagainya.Kekadang ada juga nak tunjukkan semangat yang dia ada.Seperti tengkorak untuk lebih ganas,hantu,dan lain bentuk.Didalam ulasan ini jugak ada maksud tatu sebenarnya mempunyai pelbagai ungkapan bagi setiap budaya.Antara contohnya,semangat dan alam dari Ankh.Ankh- adalah sebagai simbol kesucian dari Ancient Egypt,untuk Christian cross,Celtic cross atapun Iron cross.Untuk lebih lanjut tentang maksud tatu,lu tanya dengan si Enrique sendiri dekat web dia.

Julie Becker:tatu model

Untuk selebriti lain,memang tak lari diaorang kejar,antaranya Angelina Jolie,Johnny Dep,Jessica Alba,dan bintang Jackass,Steve-O.(tokey tatu merapu).(Aku cari tak jumpak Villie plak,aihhh).In this Moment vokal yang cun tu(Maria brink),pun jadi cover untuk isu Inked.(Gua minat dengan seni tatu dia,macam villie jugak,buat sebelah). Kalau nak tahu,dari dialah aku mula kenal INKED,sebab jadi cover.Dan untuk tidak lemas dalam laut yang kamu sedang selam ni,aku ceritakan sikit tentang interviu-interviu dari artis,pembuat tatu,model,dengan maksud dan bagaimana mereka minat.Antaranya,kat bawah ni:Randy Lebau untuk ruangan fashion.


Randy dengan kasut kulit buaya:


Cameron Rodgers:Everlast


Sailor Jerry(Hori Smoku)

Jerry! Siapa la agaknya orang tua ni.Tua-tua pun nak buat tatu lagi.Haha.Sailor Jerry seorang lagenda pembuat tatu di Amerika.Nama sebenarnya Norman Keith Collin’s.Kalau panggilan otai Sailor Jerry lah,dan nama jerry tu sebenarnya diambik dari nama haiwan peliharaan bapak dia.haha.skunk nama tu dah gah.Dia lahir 1911 sehingga 1973’,di Reno,Nevada.Pada umur 19,Jerry pernah join masuk kelasi buat seketika.(huh,navi bro?) dan dari situ dia belajar jelajah negara orang.Dalam Inked,gua cedok,si Jerry ni stat buat tatu dari 60-an lagi dengan kedai bangang lagi kecik dekat Honululu,Chinatown.Bila Lou Norman di cop tak guna warna ungu,si Jerry masa ni,dia senyap-senyap buat tatu naga besar-besar dekat tangan pelanggan dengan warna ungu dan tayang dekat kedai dia tu.Sebenarnya ada budak yang antar,tapi tiba-tiba kena sakit jantung.(tah macamna kena,sampai situ saja).Jerry buat tatu banyak pengaruh dari Jepun punya stail,jadi lambang naga memang anthem cun dia la.Dengan siapa dia berguru?;Tatts Thomas,manusia yang menjadi cikgi si Jerry ni.(Lagi otai la).

Dalam interviu ni,ada ulasan panjang lebar tentang Dokumentari tentang diri dia dari pengarah Erich Weiss yang tak peduli panas terik dekat negara tu.Jerry sebagai pembuat tatu yang banyak menggunakan jarum dan dakwat dengan stail-stail corak banyak pengaruh dari Japanese ke Amerika.Kira ada la sikit-skit Hawaii.Satu sumbangan yang power dari Jerry’,dia telah buat design untuk kasut CONVERSE’,yang mana kalau nampak ada sepasang Converse dengan corak sauh,bunga sikit tu adalah karya dia.(Kira tatu kasut plak,tapi bukan yang eddie ‘IRON MAIDEN’ nah) dan jugak hasilkan buku tentang illustrasi,huruf.Tiada siapa pun terhegeh-hegeh nak buat filem masa zaman kegemilangan dia,sebab dia ni sorang yang tak gila glamor,duit,nama.Siap,dia boleh plak tulis atas bisnes kad; “Kerja saya hanya bercakap dengan dirinya sendiri..”.Perghhh..gua respek gilalah orang tua ni.Dokumentari Hori Smoku ni dibuat disekitar Honululu’s,hotel,pantai dan lain tempat.Dan Weiss si pengarah panggil salah sorang anak Jerry daripada sembilan untuk join diinterviu.Dia cakap dengan David Collins(anak Jerry),yang dia hendak buat cita pasal ayahnya dan nak tahu sikit latar belakang Jerry dari mulut anaknya.

Weiss ada jugak konteks dengan Ed Hardy ngan Mike Malone,dua orang anak buah Jerry.Untuk dijadikan interviu jugak.Habis semua diselongkar dalam dokumentari tu.Sebenarnya artikel ni tak ulas tentang masa sebenar dengan Jerry,tapi ulasan tentang dokumentari yang dibuat.Sebab itulah masa dia mati baru orang nak buat filem pasal si Jerry.Dia mati pada tahun 1973,dan tinggalkan kedai dia dekat isterinya.Si Hardy plak belajar tatu dekat Jepun,dan Malone ambik nama kedai bukak dengan nama baru ‘Taylor Street Tattoo’ di Chicago.
“Kerja saya hanya bercakap dengan dirinya sendiri..”.
Kisah pada masa tu,si Jerry buat permintaan yang mana Hardy dan Malone dengan anak buah lain untuk menjawab panggilannya,akhirnya hanya sorang yang ada tindak balas,iaitu Malone.(dapat dekat diala).
Hori Smoku dicalonkan untuk New Orleans Film Festival dan jugak Philadelphia Film Festival dipentaskan dengan cita dokumentarinya dengan band punk ‘Paint It Black’ dihadapan 2 ribu orang.Suasana ari tu direkodkan kedalam DVD dan tunggu untuk dipasarkan.Kalau tak nak beli DVD,lu klik sini; http://www.youtube.com/watch?v=ofHBYFVOUEs&feature=related dan tribute untuk Jerry
HA-KARK-MA...!!HA-KARK-MA.........!!


bersambung....
*untuk web rasmi dokumentari tu, lu bleh bawak erow klik sini.horismokumovie.com









































































































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: