tohmahan dari pemberita.
bulan depan manusia berjenazah,seramai 16 kerat tulang yang gagah menyempurnakan kifayah.
berlakon dua tiga orang bersama lahad-lahad yang ditimbus balik;tidak tepat,kurang anggaran.
yang mengigil; sibuk menghembus h kepada o nya bertanyakan Siapa sesat?siapa mati?siapa orang kesibukan itu?
Yang berteknologi datang menanyakan berita..siapa hantunya?siapa yang ditimpa musibah?
kemungkinan isi-isi yang dikehendaki hendaklah disampaikan secara hiburan mahupun keuntungan.Siapa yang baru bercerai,khabar dipunggah juga.
berlari pula dua tiga ekor kucing kaki lima,yang sudah lali dengan dinihari yang membutuhkan segala apa rohani itu sendiri.Yang dikampung,menggali segala keputihan hidup walaupun kekadang ada titis-titis hitam yang mereka sendiri lupa;perlu digilap dengan 'Seriau'.Tidak pula disini,saya dan dunia di bandaraya.
menghabiskan tabung-tabung hidup dengan ujian air kencing,kinja yang memasturbasikan nafsu.tidak sangka bila dimulakan dan dimana sakaratul.Telefon kekadang bergegar,memberitahu berita-berita dikampung,sesekali kemalangan ringan,mahupun penangkapan dipondok2 usang diserbu Black Maria.Siapa peduli?anak siapa?bisukan lidah..sebab ia membabitkan jiran.
alam bagi si akal ini kebanyakkan diperuntukkan kepada kepuasan,kebanggaan yang penuh dengan jijik-jijik yang mereka rasakan segar dimamah hari.walaupun keMadinah ia tempuhi, kepulangannya hanya sebagai yang lama.Disana perlu mengikut segala peraturan,disini tidak!!
disini tetap disini.Tidak boleh dibawa-bawa.Cukuplah apabila selesai.Biarkan saya jadi penyumbang suara kepada penagih-penagih kedunian diluar sana.Populariti saya tidak tumbang selagi hidup.Biar juga saya tempang dengan kos-kos perubatan.Kelak mati siapa yang mahu dipangkatkan.
sudahlah hidup ini dengan segala ketaksubkan,keinsafan yang tidak pernah kekal,butuhi media masturbasi,kealpaan motif sesetengah keajaiban yang dipertunjukkan.Siapa yang makin berubah,siapa masih disitu,siapa pula menghisi dunianya dengan penjelasan kelemahan diri.Bilakah yang diwajibkan menjatuh burukkan sesama bangsa dan agama.Dimana kedamaian yang penghuninya sendiri sudah hilang rentak iramanya sebagai Manusia yang mempunyai daya pemikiran yang diangkat sebagai Khalifah dimuka bumi.
*esok yang belum tentu tidur yang dibangunkan tanpa jasad,dan hari ini dia mahu memenuhi kegagalan kepada semua kenafsuan...
^^^^
*carta mingguan sekarang dipegang oleh To/Die/For.Totally To/Die/For..aku mahu jatuh cinta lagi dengan mereka...luf,luf,luf,luf u JADE...haha boleh tak saya nak bangs kat sini..ayoyo..like never befo-rrrreeee...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: