Khamis, 8 Oktober 2009

Mike B-King Of Roads-inked

Mamat ni dah tentu ramai kenal,cuma aku terhegeh-hegeh nak gempak cerita yg basi.Senang cita gua ulas sket pasal latar belakang otai papan ni.Mike Vallely ataupun panggilan bintang yang sudah gah dalam ego skaters ialah Mike V.Ahli kumpulan Element Skate,yang mana namanya disumbat jugak masuk dalam Tony Hawk punya game series-dan mamat ni jugak ada hubungan dengan manusia gila iaitu Bam Magera.Kalau dah kawan mesti masuk show dia punya.Haha sudah tentu 'Bam's Tv show tu'.
Okey ni sijil surat beranak dia gua bentangkan sket,Mike lahir 29.JUNE.1970 di Ederson,New Jersey sana. Kerjayanya dah tentu untuk skaters,dan mempunyai anak dua,bini satu.Dia ni memang violence(rough) jugak.Orang jenis tak duduk diam.Untuk sampingan minat,dia ada buat band yang namanya Mike V and the Rats
dan Revolution Mother.

Revolution Mother:

Warped Tour:
Siapa disebalik nama ni yang bukan berasal dari Kg. Valley.Dia adalah seorang skaters yang dia tak pernah selesa dengan ungkapan ni “Ramai dari Pro Skaters hari ini,buat video dan sedikit fotografi, kemudian mereka tunggu untuk dapatkan bayaran cek”.kira poser la..Dia sebagai kaki papan laju jalanan,tak puas hati dengan benda tu dan terus ambik sebiji van buat program realiti pasal seorang dunia skater yang mana dia sebagai watak dalam tu untuk menjelajah likuliku hidupnya sendiri.Perghh disitu jalanan mamat ni bermula.(hehe ibarat pegang pedang skate nak lawan musuh la tu..)Dalam artikel tu sipenulis tak habis-habis puji mamat ni,dan Mike jugak buat videotape yang mana dianggap best kompilasi iaitu Mike V’s Greatest Hits.Dalam tu suma tunjuk,sampai jatuh tergolek patah ,cedera.Ada lagi sebenarnya filemgrafi dia.cuma gua malas nak listkan.(okey lu carik sendiri).
Ini pula cita yang gua tunggu,tentang tatu yang melekat dekat badan dia tu.Tatu tu dianggap usaha yang sia-sia,dan dia tidak pernah join mana mana kelab tatu untuk inspirasinya,tetapi dia hanya ada gambar yang sentiasa melekat dibadannya.Dan dia fikir ini adalah sesuatu yang seronok.Lepas dari insiden badan dia tu dah cedera teruk,dia dah mula benti buat tatu untuk seketika.Haha.padan muka.Satu hari dia dah ubah fikiran dan buat lambang Thrasher:Skate n Destroy dekat lengan kiri dan mahu menang dalam anugerah ‘RAJA JALANAN’.Dia jugak ada hubungan rapat dengan Kat Von D.(Sapa kenal Von D angkat tangan?siapa dia?,awek siapa?.next isu wa cerita).Ya.ini bukanlah nak cita pasal Kat tapi Mike.Mike mandapatkan tatu dari dia,dan antara tatu yang dilakarkan boleh dikatakan kesemuanya dari Kat.
Dalam ni Mike’s cakap lagi yang “Pro skaters hari ini hanya nakkan nama besar,lebih tinggi dan maju”.baginya “Revolusi dalam sukan itu lebih penting.Kekuatan dan perasaan lu ketika main.”Mike jugak buat tatu Burt Reynolds di kiri betisnya,dan ia mahu bawak tatu tu kemana saja.(Perghhhh...lu power sangat ni).Boleh plak dia cakap,”Siapa peduli”.Mike jugak dah merantau dengan vannya dari tempat sendiri hingga peta yang ditanda dari sebuah tempat ke satu tempat yang lain.Dan sepanjang tempoh tu macam dugaan yang dia tempuh seperti Polis,orang ramai,dan dia sentiasa fikirkan itu sebagai positif :jangan terlalu benci dan sakit,bertanggungjawablah dan hormat ,enjoy,cuba sehabisnya,dan jangan sesekali berhenti main.Dia jugak sanggup tinggalkan anak bininya semata-mata untuk filemnya.Bagi aku dia memang pro skaters,tetapi indipendents gila.Selain dari rock-star,hockey player; dia adalah seorang skater yang enjoy,rasa,tentang dunia skate itu sudah sebati dengan dirinya.
-thanx you for reading-to be continue next issue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya mahu caci kamu yang: