Terima Kasih "SAYA PUN MELAYU",
"Disini hanya KANKUNG belaka"
Disebabkannya saya menjadi Melayu dan Islam yang lupa mana satu benar dan pangkah.Kini buta itu bakal dicelikkan.Keistimewaan saya,pergerakkan kumpulan saya,himpunannya, prejudisnya,isme nya,anak cucu,proses pertukaran,manifesto awangan dan bangkai.Benar katamu kejadian dan situasi disini 'KANKUNG',permainan dalam rumah,dan hal yang sama berulang dan terus berulang tidak habis sampai duit sebagai penyelesai kepada semua konsep tamadun manusia.Sedih yang aku ketahui hanyalah perasaan,tapi ianya boleh menjadikan harapan dan omong kosong belaka untuk projek mega yang besarnya sebagaimana untung naik tangga .Baru ku pijak pada bumi hujan batu ini,mana piagam yang pertama diperlukan,undang-undangnya dan penukaran yang membawa lubang najis yang kotor menjadi semakin kotor dek benda yang didalamnya.Sebagai itulah hal-hal ini masih berulang dalam jangka masa yang panjang tidak berkesudahan.Jika kankung yang diharapkan menjadi durian,itu hanyalah harapan kebunmu sahaja. Pembetulannya disini kebun itu berhampiran dusun orang lain yang layak kau curi tanahnya sedikit demi sedikit..Harus mempunyai nilai kejiranan dan muafakat.Bukan hanya perjuangan anak cucumu yang mermatabatkan satu manusia dengan kumpulannya untuk kekal makan sedap dan kenyang.Ini bukan pasal siapa itu murtad KUMPULAN,ini soal ke'akhiratan kelak yang menghitung dari awal dan akhirnya proses kepada SATU.Tiadalah manusia itu selalunya betul dan benar dari segi sikap dan persepsinya selagimana belum menunjukkan usaha dan ketulusannya, bahkan siapa yang berdiri bisa jatuh kebawah,ini adalah proses untuk hidup;bukannya takhta itu hanyalah untuk kumpulan anaknya.Yang membezakannya hanyalah pinjaman belaka dari kebenaran latar belakang yang sama tarafnya.
**
Kenapa Kumpulan dan Kepercayaan saya keliru dengan sandiwara pihak yang membawa misi yang penuh dengan teka-teki,pendustaan dan kepetingan kumpulan sendiri.Terjadinya adalah sebagai masyarakat pelanduk yang tersepit ditengah permusuhan gajah-gajah yang membawa misi tadi.Bagaimana kekangan ini boleh dihapuskan,TIDAK akan terjadi selagi GAJAH MASIH TIDAK BERSATU MENENTANG GARUDA.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam