Sabtu, 27 Mac 2010

Kerah tenaga

banyak! banyak kerja yang tak mampu kita bekerja demi orang lain,kerana manusia itu lebih kepada mahu hidup kearah nafsu sendiri bukan dipaksa dan diperkosa.Demi jalan penyelesaiannya kita memilih untuk mengikuti kerana berada diruang terpaksa dan lemah dimana dipegang dari kuasa yang kita rasakan gagah dan besar.Alangkah seronok saya pada hari ini berdiri dengan megah memegang Jalur Gemilangku bahawasanya masih lagi berstatus rakyat dan masih lagi berjalan walaupun tak mampu berlari bersama mereka yang berwajahkan pangkat dan korporat.Dan begitu bahagianya sesekali berada diruang kemiskinan ini , keselesaan, sakit, dan sentiasa membuka mulut untuk sesuatu yang tak disoalkan.Semuanya seimbang dan saling berganti tempat. Indahnya juga rakyat ini masih lagi rakyat, yang memikirkan soal wang harian,kerja,agama,dan persoalan dunia selepas dunia yang tak lagi kita lihat seperti hidup jauh dari hutan konkrit dan berada nun jauh disana, dihutan komuniti besar yang semakin hidup seperti kebebesan dimana rantaian mereka adil dan saksama.Lihatlah darah ini menitis untuk mereka yang berjiwa rakyat,yang mahukan keadilan dimuka pengadilan,dan tak mahu menunduk lagi didepan sang Raja Singa kerana ia bakal pupus tak lama lagi.Kerana semua manusia adalah pemimpin dunia.Satu pinta genggam ini...
yakinlah rakyat bukan pekerja,
yakinlah rakyat bukan migrasi,
yakinlah rakyat bukan buruh media,
yakinlah rakyat bukan pesakit,
dan bangun untuk keluarga yang menunggu kudrat kita..
kerana kita juga pemimpin mereka.
dan WOOOO!! seronoknya pakaian ini masih lagi pakaian rakyat.


tutorial dari Chelaka.com

rujukan tangan:Lima hari untuk waktu bekerja dan dua hari untuk pekerja.Dimana sekarang ini sangat sibuk mencari idea membikin filem pendek buat pelanggan yang mahukan kerja saya berteraskan kehendak dan penyampaian jelas dimatanya.Banyak yang hendak didekasikan kepada rakyat kerana ini dari tangan rakyat sendiri yang mahu robek dari jantung kiri dan tunjukkan darahnya memang merah,pekat,dan berlabelkan nombor pengenalan saya.Oh! itu poster tentang anak syaitan untuk projek penakluk api pertama.Poster illusi! syaitan terbakar dimakan api.

Rabu, 3 Mac 2010

dari Rakyat yang tidak memiliki Roh,kerana Roh dimiliki oleh Rakyat


Kemungkinan besar aku akan melihat sejarah sendiri,kerana sejarah tidak terletak didalam catatan ataupun kertas,sejarah adalah sesuatu yang berlaku diluar dugaan manusia itu sendiri dan ianya tidak juga dikatakan suatu kisah lampau tetapi sesuatu kisah yang bakal dihadapi ataupun sedang dilepasi.Jadi,apakah sejarah yang bakal aku lihat adalah salah satu diluar dugaan sebenarnya dan amat tergempar untuk dijadikan suatu cerita kenyataan bahawasanya ura-ura Rakyat-Rakyat Indonesia bakal datang ke tanah besar JOHOR tanpa membawa roh mereka adalah pertama kali buat rakyat Malaysia daripada tanggapan kita terhadap negeri Ta'zim itu.Ini sesuatu jangkaan yang tiada siapa dapat memikirkannya dengan khayalan lagi kerana mereka telah lama hidup tanpa roh,tetapi dengan tubuh badan itu mereka bernafas dan hidup melalui nilai-nilai yang bersentimentalkan jiwa-jiwa kenikmatan pemberontakan tanpa meniru apa itu Napalm Death,Bolt Thrower,Morbid Angel,Brutal Truth,Terrorizer,Suffocation dan sebagainya kerana mereka adalah diri mereka.Rakyat ini tidak menggunakan roh yang sedia ada tetapi menggunakan tubuh badan sendiri.Secara tidak langsung aku amat,amat,amat sukacita ingin memasang impian untuk menghentak ketanah dan kelangit untuk mereka demi menyokong sejarah yang ingin mereka lakukan disini.Aku sebagai rakyat Malaysia yang kecil ini tidak akan pergi dengan memasang semangat bahawa mereka adalah lagenda tetapi mereka adalah jiwa saya,mereka membawa tubuh yang seolah tidak bernyawa tetapi memberi roh terhadap penyokong kerana inilah salah satu percantuman yang terbaik dapat kita simpulkan.Gua memang sudah tunggukan kejadian ini bakal berlaku daripada terhegeh-hegeh memasang impian semalam yang baru melayan apa itu irama besi untuk melihat TEMPAT PARKING MEMANDU,BOT dan sebagainya kerana saya bukan seperti mereka yang dahagakan barang-barang import dari Amerika tetapi memadai dengan Jiran sebenarnya kerana orang asing adalah mahkluk yang belum tentu baik daripada kawan kita iaitu Jiran.

/anak h*&*m,gila bab*..pasai pa,aku memang dok suspek dah depa ni bukan mai nak melancong,tapi mai nak tunjuk badan depa nih,sebab depa nak try hidup kat Malaysia tanpa roh jugak,kiqa ni eksperimen la kot.Papun gua nak pasang impian nak sampai tempat tu dan nak makan roh yang depa bagi.Jadi,harap-harap ini bukan lagi kura-kura ataupun retorik,ini kenyataan sejarah bakal berlaku.Dan gua tak harap sangat Angkatan Kanibal'lah,Untuk mati kepada,Saya punya bukti,kerana ini sudah cukup memadai gua tidak bermuzik untuk pakaian tetapi untuk MAKANAN lah cibai....