April,bulan ini membezakan dari tahun-tahun yang lalu kerana ia tak seperti hari-hari lepas,tidak sama pada hari pilihanraya,hari buruh(untuk kasar shj),hari berDemonStrasi,hari tahun baru dan sebagainya kerana jumlah masa telah diperuntukkan untuk menyiapkan sebuah filem pendek yang panjang isinya untuk di-interprasikan kepada penonton dari rata-rata rakyat iaitu pelajar,buruh,penjual buah,posmen,kontraktor kelas F dan manusia yang tidak pernah merasai apa itu syurga dunia adalah rakyat yang paling berkuasa bagi saya pada hari itu.Pergerakkan seperti biasa,setelah menapak Puduraya di bandaraya KL,semua satira dan sandiwaranya sama,setiap kali saya duduk disebalik sudut kota ini segalanya seolah kilang mesin yang sedang beroperasi tanpa henti,rantainya kenderaan,minyaknya asap,lantainya debu,kulitnya konkrit dan butangnya seolah mereka? Yang berjalan di kaki lima,sipenjual runcit,abang-abang berkolar sibuk dengan soalan-soalan mahu kemana?Ipoh,Penang,JB! JB! itu lazim bagi mereka yang hanya sekadar lalu-lalang disitu.
Tempat ini bandaraya,Ya! bandaraya di kota lumpur memang siapa tidak tahu tentang tirainya, tentang situasinya yang emak bapak kita memberitahu ini adalah tempat orang ragut,seluk saku,pukau, itu ADAT biasa selalu kita dengar dan siapa itu mereka kita tidak melabelkannya.Siapa mereka,adakah mereka berstatus rakyat? Rakyat dinegeri mana?Contonya, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..adakah kita akan dilabelkan rakyat bagi tempat itu? adakah kita bermaustastin disitu?adakah kita berbangsa dan mempunyai hak keistimewaan jika berpijak disitu.Namun kota ini menanti perubahan,perubahannya wajahnya seolah susuk,tetapi dalamannya penuh dengan kencing manis,darah tinggi,jantung berlubang seperti kota Lumpur.Sebenarnya ditempat ini saya baru temui laman baru yang sudah lama dicari,ia seolah menyembunyi,diam,jauh terpencil mencari bekas-bekas rumah untuk didiami.Ini hasil jelajah saya sendiri,hasil sisipan dari gedung-gedung teknologi yang mahu mereka berstatus bikin sendiri dan mahu hidup dengan wang yang layak disimpan dikocek bukan didalam sistem perbankan.Mudah,seolah toko elektrik dengan tampalan periuk nasi, dengan dekorasi intinya ringkas dan jauh dari sudut futuristik,berbekalkan koleksi kecil-kecilan kedai ini sebenarnya membawa seribu harapan buat saya,kerana jiwa saya memerlukan ubat-ubatan,nikotin didalam periuk nasi.Indah,ia seolah ejalukasi yang mensyorgakan segala tubuh,yang saya sendiri meratah didalam periuk nasi.
Keseorangan sebelum berpasangan, itu adalah biasa bagi saya, dimana menunggu rakan pembantu yang sudi membekalkan masa mengorbankan kamera digital untuk disedut situasi dibandaraya ini dan dipaketkan kedalam filem pendek yang beristrumentalkan kekirian.Sebagaimana yang dikatakan pada awalnya hari ini seolah biasa yang membuatkan saya tidak seperti biasa, sewaktu bergegas mahu berkumpulan di Sentral,(keuntungan dapat melihat orang anarkis memakai pakaian butang penuh dengan baju dimasukkan kedalam) disini juga keadaan seperti hari-hari lalu,manusia yang boleh kita labelkan didalam 'orang' adalah mereka yang berkaki dua,berkepala,mempunyai identiti,tetapi sudut lain mereka adalah orang-orang juga.Hari-hari dipetak yang sama,tak mahu melihat apa yang ada sebalik belakang mereka daripada terus hidup dalam landasan yang sama setiap kali memulakan hidup.Bangun,sarapan,kerja,tidur dan mengulanginya tanpa mahu mengubah,dimana lencongnya? seringkali mereka gagal membelok.Kesannya ini menjadi objek yang kecil,takut,tidak berkuasa dan menganggap itu takdir dari hukum dunia dan permodenan.Jika kaya hidup senang,jika miskin hidup susah, barangkali ungkapan ini tepat,benar,betul tetapi bagaimana orang dahulu hidup tanpa matawang dan mereka boleh beranak-pinak menghasilkan kehidupan,membuka empayar,perwarisan mahupun perjuangan.Cuba lihat cerita-cerita rakyat Tan Sri P.Ramlee dahulu, seperti Bujang Lapok,Do Re Mi, adalah salah satu contoh bagaimana tiga orang rakyat yang dibelenggu dengan hutang-hutang,bil,dan mereka mula menukar haluan hidup melalui jalan sendiri dengan membawa kudrat sendiri untuk terus hidup didalam kotak masyarakat yang berbilang.(ini boleh diklafikasikan sebagai cerita anarkis Melayu)Sedarlah kehidupan ini bukan satu jalan untuk kesenangan tetapi untuk keabadian selepas kehidupan.Ini bukan norma yang sandiwaranya seperti illusi kanak-kanak dengan dunia khayalan, kerana realiti dan fantasi itu berbeza struktur dan kawasannya yang kita gagal meletakkan ditempat yang betul.Secara kasarnya,realiti adalah satu kenyataan dialam nyata, dan fantasi adalah khayalan di alam awangan, tetapi manusia seringkali berfantasi dialam realiti..dan terjadilah manusia yang separa sedar,yang tidak tahu mana haknya,mana asalnya,mana kedudukanya,dan bagaimana ia menjadi manusia.
Sudah agak lama saya kenal tempat ini dan sudah pandai mencari laluan didalam semak-samunnya yang berlalangkan kehidupan samaada yang besar mahupun tumbuhan kecil.Sesekali saya akan cuba memperuntukkan masa di kaki lima,melihat realiti mereka yang berstatus rakyat dan mahu menyelit disetiap apa sahaja sandiwara dunia.Satu,selalunya kita labelkan mereka manusia yang tidak beridentiti,sudah jatuh sebagai manusia yang berkelas tinggi ataupun kastanya,iaitu penghuni kaki lima ataupun pekerja kaki lima.Saya sering berfikir adakah mereka hidup untuk mati? adakah mereka terhidup disebabkan sebatang nikotin,sebungkus air bersama secarik pakaian itu?Jika dilihat dari fantasi mereka ini manusia yang memiliki jati diri berdiri diatas kaki sendiri dan bukan mahu apa itu hak keistimewaan?apa itu nilai wang yang bermewahkan harta benda?tetapi realitinya mereka hanya rakyat yang terpencil yang kita rasakan mereka gagal belajar sewaktu kecil dibangku sekolah.Emak bapak kita akan berpesan jika belajar rajin-rajin seseorang itu akan hidup senang,tetapi bagaimana mereka yang tidak diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmu tentang perniagaan,perdagangan,pemerintahan,dan mereka akan mengukuhkan keadaan dengan alasan belajar dari ilmu alam,iaitu ilmu-ilmu penglihatan,dan bahasa-bahasa perwarisan bersama adat-adat turun-temurun.Setiap kali berwang lebih dan ditemani winston 14 saya akan mencari sudut terpencil untuk melihat apa yang mahu dipersembahkan oleh mereka,bagaimana mereka harungi setiap arus permodenan,globalisasi,dan kekayaan nilai nilai seni yang mereka miliki dan dengan hasil luahan serta teriakan mereka saya hadiahkan wang tadi sebagai Dermaan BUKAN sebagai tiket untuk dibayar.Di Puduraya,dilorong pejalan kaki ke stesen transit ringan iaitu elarti,setiap hari disitu akan ada dua orang rakyat negeri ini mencari nafkah mereka berbekalkan seni yang ada dan bagaimana dengan sebuah gitar tong dan selunak suara itu sebenarnya adalah salah satu pencarian rezeki dan pekerjaan tetap bagi mereka.Saya akan tatap dengan tepat muka manusia ini,kadang-kadang beliau berseorang,dan rakan kongsinya adalah isteri yang sedia turut menjalankan penjualan,pencarian,dan perniagaan.Modalnya lagu-lagu rakyat atau 'FOLK melayu' yang berintikan nilai-nilai nasihat dan tauladan.Dan saya akan mengambil satu jam untuk melihat apa pementasannya,kemudian terjadilah isi-isi kesedaran dari minda ini untuk teruskan hidup dihari akan datang.
Berfikir bagaimana kita manusia yang kaya-raya menukar jalan hidup kepada kesusahan,kerana kesenangan yang stabil tidak membahgiakan manusia seperti hilang deria-deria ketawa,sedih,takut,sakit dan teruja.Saya selalu terpikir yang lagu-lagu ketidakadilan,penindasan,penentangan,hak kebebasan sering diperjuangkan oleh golongan anarkis kumpulan muzik bawah tanah ataupun aktiviti-aktiviti 'busking' ini.Ia sebenarnya sama situasi seperti diatas tetapi tipu dan palsu pada segelintir mereka kerana bergerak berdasarkan kumpulan,pengaruh,dan budaya.Ini tentang kepalsuan didalam apa yang mereka laungkan kenyataan.Jika dilihat dengan mata hati saya merasa luhur dan cinta pada mereka yang membawa keluarga sendiri mencari rezeki dikaki lima dengan hidup dengan hasil-hasil dermaan itu tetapi mereka adalah manusia yang tidak mahu memutuskan diri dengan norma kehidupan,mereka tidak membebelkan pekerjaan,mereka tidak memilih pekerjaan hitam,mereka tidak korup,mereka tidak menindas pejalan kaki,mereka tidak ambil hak orang lain,dan mereka itu manusia yang paling berjaya kerana hidup berdasarkan kudrat dan bergerak dari kaki sendiri tanpa mengharapkan apa itu label orang-orang keistimewaan. Seperti mereka hidup tanpa hasil-hasil pengundi yang mengundi.
Sabtu, 10 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: