D.R.U.R
Aku kenal keluaran ini tak lama,ini dari blog Rahmat Haron sebenarnya yang memberi sisipan tentang DRUR bakal release.Aku kenal beliau dari DRUR, bukan dengan orangnya,oleh itu aku cuba untuk carisendiri mana letaknya rakaman ini daripada orangnya.Mungkin orang akan sangkakan aku tertarik kerana tajuknya,tetapi aku tertarik kerana apa isinya dan sebenarnya aku tidak cintakan beliau,tetapi cintakan hasil seni beliau.Meor sebenarnya adalah penyanyi local-independent,yang mencari rezeki dari rakamannya,dari busking'nya di hadapan rakyat.DRUR dibariskan dengan sepuluh lagu yang aku rasakan semuanya mempunyai nilai kemanisan yang mendadak.Album ini mempunyai nada yang tidak berteknologi futuristik tetapi kearah akustik.(Meor seolah manusia yang tak boleh lari dari dunia akustik,kalau main grind pun aku rasa stail akustik jugak)
Kalau didengar pada trek satu sehingga trek akhir,anda akan mengulanginya sebanyak mungkin kerana anda tidak sedar bahawa anda itu sebenarnya memiliki pandangan suara yang didendangkan seperti kesemua lagu seakan menunjuk ajakan rakyat untuk bersatu menentang realiti rakus,belenggu yang tak kesudahan serta bangun untuk hari esok.(Ingat! rakyat itu berkumpulan besar,ini yang selalu aku terfikir bila dengar lagu-lagunya) Bapak Y.B. dan Raungan anak belantara,dua trek cantik dengan susunan lagunya,bagi aku teruja sangat,blues kaw! kaw! macam anda layan Blues Gang zaman awal dan juga seperti Gary Moore tu.(Memang kick kalau feels lagu ni.)Pembukaannya memang cantik,menunjukkan kita diberi hak istimewa tetapi terbelenggu dengannya,lagu ini membuka tirai bahawa masalah masyarakat yang tak sudah.
Di landasan keenam,dedikasi sebuah lagi dari puisi Rahmat Haron kepada Shamsiah Fakeh menjadi trek yang membawa kita kembali hari terakhir beliau dan melihat sendiri manusia yang kecil tetapi berjiwa besar dimana kuburnya seolah ditaburi nilai kemanusian mereka yang memberi kehormatan terakhir.Menyunsuri pada lagu-lagu seterusnya iaitu Sampai Bila dan Membenarkan Kebodohan,mesejnya sama seperti mana orang radikal selalu menyalahkan diktator tetapi lagu ini tidak, ia sebenarnya menuding kembali kepada kita yang tak mahu berbuat apa-apa tindakan dan gagal bangun berdiri.(Benarkan Kebodohan,trek yang paling aku suka..haha siapa pemberi kebodohan?)Dan dua sumbangan lirik dari Ayie iaitu Rakyat Bersatu dan Kejalan Lagi,lirik ini seolah penyanyi sedang menjerit sedang bercakap pada kita bahawa orang yang telah bersekolah tidak selamanya menjadi murid kepada guru BESAR.Penutupnya teramatlah cantik dan indah untuk perpisahan yang menekankan peristiwa memali yang aku sendiri tidak tahu berlaku di sebuah kampung dimakan oleh sang buaya yang rakus.Trek seperti anda tidak mahu melepaskan tangan orang yang anda sayangi dan agak sampai pada kemuncak ejalukasinya pada aku,seolah kita mengucapkan selamat tinggal kepada perpisahan yang tak akan bersua lagi dan membela kembali hak mereka yang tertindas yang tidak sempat dibela.
Meor memiliki harta dengan tujuh albumnya bagi aku dimana dibariskan pesta jiwa,pesta jiwa 2,aku dan bulan,itu padang....aku disitu(ini nombor tiga yang ingin aku angkut nanti),yang terlintas difikiran,sakrat,dan yang terbaru iaitu D.R.U.R dan ada satu yang aku tak ingat tentang puisi Pak Samad.Beliau banyak pengaruh dari Iwan fals(tegar),Dylan,Yusof Islam serta folk melayu.Untuk Sakrat aku miliki dari orang bawah tanah di kedainya sendiri,ia singkatan bagi Sakratul Maut,lirik dari Amirul Fakir ataupun puisinya seolah membawa manusia keambang kesakitan yang terakhir memilih samaada untuk kejalan Syurga dan Neraka.Mendengar Meor seperti anda mendengar Marjinal,DDT,dan salah satu lagu dari Kopratasa iaitu "Aku bukan Musuh Harta".(haha! lagu ni bawak stail oldskoll sikit macam kabret tapi! mesej yang disampaikan adalah manusia yang berpura membela nusa bangsa dan agama tapi khianat ) tetapi tidak semestinya orang beragama itu baik dan teladan untuk kita,bila amarah datang mereka hilang agama dan kedudukan.Untuk layar halaman beliau disini Orang berpesta jiwa.
p/s: sekarang gua kuat,tegar,pengaruh,ketagih,menagih sama Iwan Fals..hehe kata selalu Acap dah tak metal sangat..banyak lagu berontak anak muda,akustik sikit,jiwa-jiwa tua diwaktu muda..best weyhh..ranking winamp kali ini Galang Rambu Anarki-Iwan Fals dan Siapa pemberi KEBODOHAN!!!!!!

Nice stuff bro!
BalasPadamkeep rottin...
Gua nak pinjam nanti, boleh...?
Sapa cakap gua tak metal dah huh?!!!
Skali skali lyan melancholy & acoustic pun stim what..
haha...cuba cari tengok To/die/for versi lagu rakyat dengan stail akustik..kalau ada? gua metal balek...
BalasPadam