Sabtu, 15 Mei 2010
Memijak Monarki Feudalisme
Ini agenda mungkin, atau propaganda yang tak relevan dan gua rasakan ini salah satu pementasan semula yang terbaik pernah dilakukan,bagaimana anda mahu melihat realiti sebenar manusia itu memilih untuk mentadbir neraka kerana tidak mahu jadi kuli syurga.Ini kemungkinan ungkapan yang tak relevan juga,barangkali dialam kebaikan dan realiti kita perlu hidup dengan berlandaskan fitrah yang telah ditetapkan tetapi tidak bagi mereka, bersentimentalkan jiwa-jiwa memberontak dan penentangan terhadap kebaikan dengan pendapatan tak seberapa mungkin.Filem ini gua tonton dengan kadar yang maksima,ia diulang dan lagi, gua mencari kepuasan didalamnya,mana ia letak nikmat-nikmat yang gua perlu berahi sampaikan ia memberi kepuasan ejalukasi pada babak-babak nya.Ini cerita sebenar yang diadun seperti realiti,kemungkinan dari segi tajuk kita akan melihat ia ingin mementaskan tingkah laku Bankrobbers tetapi disebaliknya mereka dibuli dengan kuasa-kuasa pentadbiran.Cerita ini dimuatkan dengan adegan yang memberansangkan penonton,seperti anda ingin tahu bagaimana situasi selepasnya.Disumbatkan dengan agenda penjenayah yang membutakan mana yang halal dan haram.Halal disini sesuatu yang boleh diterima semua manakala haram itu sesuatu perkara yang melanggar batas undang-undangnya.Justeru, mereka ini mencari jalan singkat untuk hidup pada alam Haram kerana tidak mampu mencapai kesenangan dan kepuasan disebaliknya.
Elemen hutang pada manusia,mencari jalan keluar pada belenggu,mencari nafkah haram untuk Ibu,ini anda boleh cari didalamnya.Pementasan ini dilakukan dengan keadilan menapak semula setelah kejahilan masing-masing terbongkar.Anda boleh lihat Enam manusia bertungkus lumus mencari jalan penyelesaian bagi hidup mereka sebenarnya tertipu dengan agenda kuasa-kuasa tertinggi.Dengan adanya kuasa ini mereka gunakan dengan mudah terhadap rakyat sedangkan mereka ini bersenang dan foya dengan nikmat dunia.Gua baru tahu,ini filem sarat dengan mesej yang hendak disampaikan kepada semua struktur pentadbiran yang pongah kita katakan.Dari sistem beraja sehingga sistem rakyat yang penuh dengan agenda menjahanamkan tamadun manusia.Anda akan melihat bagaimana mereka mengaburi mata-mata kuasa dengan bukti yang sensitif pada mereka yang jahil .Fikirkan bagaimana dadah,pornografi dibebaskan pada umat manusia agar mereka ini khayal dengannya dan alpa sehingga lupa mana kedudukan dan jawatannya.Seseorang yang baik itu kemungkinan adalah seseorang kita harapkan memimpin dengan baik dan saksama dengan nilai budi pekerti yang tinggi tetapi terlangkup juga.Agenda didalamnya amat menakutkan dengan pengaruh budaya-budaya rasisme,nationalisme dan sosialisme.Sesungguhnya filem ini banyak membuka mata gua,mengenali siapa itu Michael X (Michael Abdul Malik) disebalik agendanya yang padat dengan utusan mengelirukan umat manusia dengan propagandanya yang ingin memerintah kuasa pemerintah dengan ugutan dan ketidakadilan hasil dipengaruhi sifat Malcolm X.Beliau seorang penentang tegar terhadap British Kolonial dan nasionalisme bangsa kulit hitam yang menjadi pengasas Muslim Mosque Inc. dan Organisasi Perpaduan Afro-Amerika.Dari sini gua mengenali terdapat minoriti Nation Islam yang hidup hidup berpegang pada pegangan beliau.Manusia ini menarik minat gua untuk selam sehingga dasar kerakyatannya iaitu Malcolm X daripada bukan Islam sehingga menyembah Tuhan Islam dan bagaimana menerima simbol 'X' untuk menolak nama perhambaan.Anda boleh lihat Michael membawa misi orang kulit hitam dipanggil "The Black Power".
Cuba anda halusi ayat ini:
"Can any of you imagine what is like to be born a black man in this world?"
"Can any of white women imagine what it would be like to bring a black baby into this world?"
petikan dari Hakim Jamal.
ungkapan ini pada mulanya gua hadam sehingga nikmat mastubarsi tidak terlawan dan seringkali berawangan diminda adakah ianya sesuatu tentang pornografi ataupun agenda mereka yang menjahanamkan struktur bangsa, ungkapan ini dari Hakim Jamal.
Beliau mahu menerbitkan bukunya pada mata bangsa kulit putih dan hitam dengan tajuk "From the Dead Level, Malcolm X and me" iaitu suara-suara dari semangat hitam.Hakim seorang poet bangsa kulit hitam.(haha lu boleh tengok geng-geng afro mega kepala besar stail-stail dalam kumpulan mereka).Dan sudah tentulah pada baris seterusnya gua riliskan tentang hal-hal pihak penguasa yang pada dahulunya diasaskan untuk keamanan rakyat,tetapi jahanam dengan nilai matawang menjadikan mereka salah menggunakan kuasa yang ada terhadap rakyat yang tertindas dan miskin.Tetapi tidak semua angkatan mereka ini dipentaskan bahawa mereka kesemuanya korup dan bersimpang, kita perlu balik kepada hati manusia yang tak sama pada warna kulit dan rambutnya, bahawa setiap manusia itu mempunyai tingkah laku dan watak sendiri untuk diarahkan oleh diri sendiri bukannya mengharapkan pengarah.Terpulang kepada ia untuk menentukan jalan yang halal dan haram.Disini akan dijelaskan bagaimana kuasa-kuasa pemerintahan digunakan pada dasar-dasar keterdesakkan yang melampau untuk menutup segala realiti kejahilan manusia.Boleh digambarkan begini,"Jika anda telah merogol ahli anggota keluarga sendiri dengan kejam dan mengeluarkan sesuatu kenyataan bahawa anda bapa pada anak sendiri." ini mungkin ungkapan tidak relevan lagi digariskan,tetapi realitinya menutup kejahilan dengan kuasa yang anda ada.Pada tamat jalan cerita ini tetap dinyatakan kebaikan mengatasi kejahilan tetapi pongah dengan jalan hidup manusia yang korup mentaliti dan kelakuan sehingga bisa memusnahkan struktur negara dan tamadun.Pengorbanan yang sebagaimana yang perlu kita laksanakan pada setiap ruang lingkup kita pada agama, negara,bangsa, keluarga dan siapa yang mentadbir diri kita adakah pemerintah atau diri sendiri.Filem ini banyak membahaskan tentang sistem-sistem yang mempunyai kuasa tetapi tetap akan dikuasai oleh mereka yang memijak pada kebenaran selagi mana mereka alpa pada kemewahan dan keseronokan dunia.Menjelaskan pada kita siapa dalang disebalik sesuatu kejadian yang jahil dan pongah.Nyata orang paling tertinggi itu juga seorang yang seratus peratus tidak boleh dipercayai tampuk pemerintahannya,kekadang najis didalam usus tidak boleh dibersihkan jika anda masuk kedalamnya,kerana kita turut sama menjadi najis.Ia seperti anda bekerja dengan baik tetapi kelakuan yang menyimpang dari fahaman agama masing-masing.Ini namanya mereka hidup berlandaskan hukum dunia dan menterbalikkan hukum manusia.Haha filem ini bagi gua,semua orang tidak jujur pada landasan hidup masing-masing dengan sifat dan tingkahlaku yang ada. Sisuami membelakangkan isteri,kawan makan kawan,pengawal rakyat korup,pemerintahan negatif,bangsa jahanam bangsa,dan perempuan meletak maruah untuk mengatasi kemahuan.Rumusannya,kisah ini bukannya pada dasar rompakan mahupun aktiviti seks tetapi berbalik kepada etika manusiawi, "adakah manusia akan terus menjadi manusiawi jika membelakangkan nilai etika"...
p/s: Banyak ilmu gua dah belajar dari filem mengatasi silibus graduan,banyak bawa gua menjelajah dunia dengan penglihatan.Terima kasih untuk Farid Kasturi kepada pembekal bahan-bahan dadah gua, banyak yang dapat dikutip pada semester ini,bagaikan belajar dengan peristiwa membentuk pengalaman.
Label:
past
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya mahu caci kamu yang: