skip to main |
skip to sidebar
TAR & niKOtin sudah diagihkan kepada rakyat dengan rasmi pada awal pagi tadi, perhitungan diantara nisbah KEPERLUAN dan KETAGIHAN terletak pada perokok kelas bawahan menilai hak-hak nikotin masing-masing.
-Cogan kata sepanduk besar terikat rafia merah
(Ayah kita Komunis lawan BOS Kapitalis)
p/s: Satu Kampus sudah ikat rafia MERAH ,Projek Garuda sudah siap,puas! gua senyum...plot cantek untuk kita bergerak atur..
Pada April 3,kota metropolitan itu aku selami sehingga kedasarnya,menelan segala air dan melihat perubahannnya yang gagal aku nikmati keindahannya.Kota ini seperti hilang sesuatu yang berharga seperti nyawanya sudah ditukar kepada alat gantian iaitu bateri-bateri digital.Aku pilu lagi apabila semakin aku dekat dengan mukanya semakin berdebar,seolah kota ini bengis,marah,yang tak terkawal tetapi hari ini telah menukarkan hari yang bersejarah besar dimana insan yang aku cari telah datang membuka lembarannya.Wataknya biasa,seperti seorang rakyat didalam sekumpulan rakyat yang gagal aku kenali dan alpa dengan keadaan.Beliau sibuk menghiburkan rakyat jelata,menyuarakan ketidakadilan,mengajak kita pergi kesudut yang lain,tetapi hari itu Tuhan memberi aku deria yang kuat untuk menghidunya.Siapa? rakyat ini memiliki nama Meor Yusof Aziddin,berasal dari Perak dan mempunyai status rakyat busker tegar (bukan Meor Shuhaimi Hassan)yang sibuk memberitahu dunia bahawa kita harus berjalan dari tempurung bukan keluar dari tempurung.Terus aku meninggalkan hal dunia menghampiri manusia ini yang pada mulanya aku gagal memberi nama tetapi setelah dihampiri ia memiliki apa yang ingin aku miliki tentang hasil kerjanya.Berbekalkan gitar tong,topi,kemeja,dan beg sandang gitar disadurkan kepada mereka yang lalu-lalang tentang jiwa-jiwa yang halus tetapi besar matlamat.Sebenarnya ini kali pertama aku melihat aktiviti 'busking' di kota SENTRAL,sebelum ini hanya golongan korparat serta mereka yang mempunyai jawatan Encik,tuan,puan bersama kolar biru menghuni disitu,kerana sebelum ini yang aku tahu beliau aktif di Central Market bersama rakan juangannya seperti BinJidan klik sini dan lain-lain kerabat.Aku ketawa,syukur kepada tuhan kerana memberi peluang untuk bersemuka,(seolah aku telah menjumpai bakal isteri yang dicari)Kata abang,pihak ATM telah memberi lesen untuknya berkarya dan mementaskan apa itu orang budaya 'busking'. Tetapi beliau saya rasa tidak membawa budaya tetapi mencari nilai budaya dari pekerjaannya.Setelah dapat aku ajukan soalan, beliau membawa bersamanya siji-sijil pembelajarannya dengan pesta jiwa,dan D.R.U.R saya rasakan adalah hasil IJAZAH beliau yang paling terbaik,kerana dari segi struktur gubahan dan liriknya lebih rancak untuk dijeritkan.Tetapi untuk D.R.U.R ia lebih radikal dan perjuangan serta pembelaan.Banyak sebenarnya aku ingin menyoal manusia ini namun atas desakan kerja dan hal dunia,aku terpaksa memencilkan beliau.Setelah memiliki rakaman barunya aku membuat permintaan agar didendangkan sebuah lagu dari hasil rakaman itu dan beliau memilih 'Membenarkan Kebodohan' yang tidak sama konsepnya dari lagu-lagu lain.Kalau dari tangan rakyat ke tangan rakyat harganya agak tidak bercukai kerana transaksi berlaku dari orang berstatus yang sama.Kata abang lagi,beliau mempunyai wikipedia sendiri klik disini Meorlaman sambil mengenggam kertas menunjuk kepada aku.Orangnya ringkas,tidak payah bersentimentalkan suara kasar dan lagak sombong yang menunjukkan beliau adalah orang lama,tetapi mudah untuk kita duduk semeja dan membincangkan hal-hal kemanusiaan bersamanya.Bagi aku beliau mempunyai jalan hidup yang sangat kaya,bukan dengan wang tetapi nilai kesenian yang dimiliki seperti batu yang keras,kuat dan mengharungi hidup dengan kehidupan.Batu ini bukan batu biasa bagi aku,tetapi batu permata,batu yang jarang kali kita jumpa ditepijalan.
D.R.U.R
Aku kenal keluaran ini tak lama,ini dari blog Rahmat Haron sebenarnya yang memberi sisipan tentang DRUR bakal release.Aku kenal beliau dari DRUR, bukan dengan orangnya,oleh itu aku cuba untuk cari
sendiri mana letaknya rakaman ini daripada orangnya.Mungkin orang akan sangkakan aku tertarik kerana tajuknya,tetapi aku tertarik kerana apa isinya dan sebenarnya aku tidak cintakan beliau,tetapi cintakan hasil seni beliau.Meor sebenarnya adalah penyanyi local-independent,yang mencari rezeki dari rakamannya,dari busking'nya di hadapan rakyat.DRUR dibariskan dengan sepuluh lagu yang aku rasakan semuanya mempunyai nilai kemanisan yang mendadak.Album ini mempunyai nada yang tidak berteknologi futuristik tetapi kearah akustik.(Meor seolah manusia yang tak boleh lari dari dunia akustik,kalau main grind pun aku rasa stail akustik jugak)
Kalau didengar pada trek satu sehingga trek akhir,anda akan mengulanginya sebanyak mungkin kerana anda tidak sedar bahawa anda itu sebenarnya memiliki pandangan suara yang didendangkan seperti kesemua lagu seakan menunjuk ajakan rakyat untuk bersatu menentang realiti rakus,belenggu yang tak kesudahan serta bangun untuk hari esok.(Ingat! rakyat itu berkumpulan besar,ini yang selalu aku terfikir bila dengar lagu-lagunya) Bapak Y.B. dan Raungan anak belantara,dua trek cantik dengan susunan lagunya,bagi aku teruja sangat,blues kaw! kaw! macam anda layan Blues Gang zaman awal dan juga seperti Gary Moore tu.(Memang kick kalau feels lagu ni.)Pembukaannya memang cantik,menunjukkan kita diberi hak istimewa tetapi terbelenggu dengannya,lagu ini membuka tirai bahawa masalah masyarakat yang tak sudah.
Di landasan keenam,dedikasi sebuah lagi dari puisi Rahmat Haron kepada Shamsiah Fakeh menjadi trek yang membawa kita kembali hari terakhir beliau dan melihat sendiri manusia yang kecil tetapi berjiwa besar dimana kuburnya seolah ditaburi nilai kemanusian mereka yang memberi kehormatan terakhir.Menyunsuri pada lagu-lagu seterusnya iaitu Sampai Bila dan Membenarkan Kebodohan,mesejnya sama seperti mana orang radikal selalu menyalahkan diktator tetapi lagu ini tidak, ia sebenarnya menuding kembali kepada kita yang tak mahu berbuat apa-apa tindakan dan gagal bangun berdiri.(Benarkan Kebodohan,trek yang paling aku suka..haha siapa pemberi kebodohan?)Dan dua sumbangan lirik dari Ayie iaitu Rakyat Bersatu dan Kejalan Lagi,lirik ini seolah penyanyi sedang menjerit sedang bercakap pada kita bahawa orang yang telah bersekolah tidak selamanya menjadi murid kepada guru BESAR.Penutupnya teramatlah cantik dan indah untuk perpisahan yang menekankan peristiwa memali yang aku sendiri tidak tahu berlaku di sebuah kampung dimakan oleh sang buaya yang rakus.Trek seperti anda tidak mahu melepaskan tangan orang yang anda sayangi dan agak sampai pada kemuncak ejalukasinya pada aku,seolah kita mengucapkan selamat tinggal kepada perpisahan yang tak akan bersua lagi dan membela kembali hak mereka yang tertindas yang tidak sempat dibela.
Meor memiliki harta dengan tujuh albumnya bagi aku dimana dibariskan pesta jiwa,pesta jiwa 2,aku dan bulan,itu padang....aku disitu(ini nombor tiga yang ingin aku angkut nanti),yang terlintas difikiran,sakrat,dan yang terbaru iaitu D.R.U.R dan ada satu yang aku tak ingat tentang puisi Pak Samad.Beliau banyak pengaruh dari Iwan fals(tegar),Dylan,Yusof Islam serta folk melayu.Untuk Sakrat aku miliki dari orang bawah tanah di kedainya sendiri,ia singkatan bagi Sakratul Maut,lirik dari Amirul Fakir ataupun puisinya seolah membawa manusia keambang kesakitan yang terakhir memilih samaada untuk kejalan Syurga dan Neraka.Mendengar Meor seperti anda mendengar Marjinal,DDT,dan salah satu lagu dari Kopratasa iaitu "Aku bukan Musuh Harta".(haha! lagu ni bawak stail oldskoll sikit macam kabret tapi! mesej yang disampaikan adalah manusia yang berpura membela nusa bangsa dan agama tapi khianat ) tetapi tidak semestinya orang beragama itu baik dan teladan untuk kita,bila amarah datang mereka hilang agama dan kedudukan.Untuk layar halaman beliau disini Orang berpesta jiwa.
p/s: sekarang gua kuat,tegar,pengaruh,ketagih,menagih sama Iwan Fals..hehe kata selalu Acap dah tak metal sangat..banyak lagu berontak anak muda,akustik sikit,jiwa-jiwa tua diwaktu muda..best weyhh..ranking winamp kali ini Galang Rambu Anarki-Iwan Fals dan Siapa pemberi KEBODOHAN!!!!!!
April,bulan ini membezakan dari tahun-tahun yang lalu kerana ia tak seperti hari-hari lepas,tidak sama pada hari pilihanraya,hari buruh(untuk kasar shj),hari berDemonStrasi,hari tahun baru dan sebagainya kerana jumlah masa telah diperuntukkan untuk menyiapkan sebuah filem pendek yang panjang isinya untuk di-interprasikan kepada penonton dari rata-rata rakyat iaitu pelajar,buruh,penjual buah,posmen,kontraktor kelas F dan manusia yang tidak pernah merasai apa itu syurga dunia adalah rakyat yang paling berkuasa bagi saya pada hari itu.Pergerakkan seperti biasa,setelah menapak Puduraya di bandaraya KL,semua satira dan sandiwaranya sama,setiap kali saya duduk disebalik sudut kota ini segalanya seolah kilang mesin yang sedang beroperasi tanpa henti,rantainya kenderaan,minyaknya asap,lantainya debu,kulitnya konkrit dan butangnya seolah mereka? Yang berjalan di kaki lima,sipenjual runcit,abang-abang berkolar sibuk dengan soalan-soalan mahu kemana?Ipoh,Penang,JB! JB! itu lazim bagi mereka yang hanya sekadar lalu-lalang disitu.
Tempat ini bandaraya,Ya! bandaraya di kota lumpur memang siapa tidak tahu tentang tirainya, tentang situasinya yang emak bapak kita memberitahu ini adalah tempat orang ragut,seluk saku,pukau, itu ADAT biasa selalu kita dengar dan siapa itu mereka kita tidak melabelkannya.Siapa mereka,adakah mereka berstatus rakyat? Rakyat dinegeri mana?Contonya, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..adakah kita akan dilabelkan rakyat bagi tempat itu? adakah kita bermaustastin disitu?adakah kita berbangsa dan mempunyai hak keistimewaan jika berpijak disitu.Namun kota ini menanti perubahan,perubahannya wajahnya seolah susuk,tetapi dalamannya penuh dengan kencing manis,darah tinggi,jantung berlubang seperti kota Lumpur.Sebenarnya ditempat ini saya baru temui laman baru yang sudah lama dicari,ia seolah menyembunyi,diam,jauh terpencil mencari bekas-bekas rumah untuk didiami.Ini hasil jelajah saya sendiri,hasil sisipan dari gedung-gedung teknologi yang mahu mereka berstatus bikin sendiri dan mahu hidup dengan wang yang layak disimpan dikocek bukan didalam sistem perbankan.Mudah,seolah toko elektrik dengan tampalan periuk nasi, dengan dekorasi intinya ringkas dan jauh dari sudut futuristik,berbekalkan koleksi kecil-kecilan kedai ini sebenarnya membawa seribu harapan buat saya,kerana jiwa saya memerlukan ubat-ubatan,nikotin didalam periuk nasi.Indah,ia seolah ejalukasi yang mensyorgakan segala tubuh,yang saya sendiri meratah didalam periuk nasi.
Keseorangan sebelum berpasangan, itu adalah biasa bagi saya, dimana menunggu rakan pembantu yang sudi membekalkan masa mengorbankan kamera digital untuk disedut situasi dibandaraya ini dan dipaketkan kedalam filem pendek yang beristrumentalkan kekirian.Sebagaimana yang dikatakan pada awalnya hari ini seolah biasa yang membuatkan saya tidak seperti biasa, sewaktu bergegas mahu berkumpulan di Sentral,(keuntungan dapat melihat orang anarkis memakai pakaian butang penuh dengan baju dimasukkan kedalam) disini juga keadaan seperti hari-hari lalu,manusia yang boleh kita labelkan didalam 'orang' adalah mereka yang berkaki dua,berkepala,mempunyai identiti,tetapi sudut lain mereka adalah orang-orang juga.Hari-hari dipetak yang sama,tak mahu melihat apa yang ada sebalik belakang mereka daripada terus hidup dalam landasan yang sama setiap kali memulakan hidup.Bangun,sarapan,kerja,tidur dan mengulanginya tanpa mahu mengubah,dimana lencongnya? seringkali mereka gagal membelok.Kesannya ini menjadi objek yang kecil,takut,tidak berkuasa dan menganggap itu takdir dari hukum dunia dan permodenan.Jika kaya hidup senang,jika miskin hidup susah, barangkali ungkapan ini tepat,benar,betul tetapi bagaimana orang dahulu hidup tanpa matawang dan mereka boleh beranak-pinak menghasilkan kehidupan,membuka empayar,perwarisan mahupun perjuangan.Cuba lihat cerita-cerita rakyat Tan Sri P.Ramlee dahulu, seperti Bujang Lapok,Do Re Mi, adalah salah satu contoh bagaimana tiga orang rakyat yang dibelenggu dengan hutang-hutang,bil,dan mereka mula menukar haluan hidup melalui jalan sendiri dengan membawa kudrat sendiri untuk terus hidup didalam kotak masyarakat yang berbilang.(ini boleh diklafikasikan sebagai cerita anarkis Melayu)Sedarlah kehidupan ini bukan satu jalan untuk kesenangan tetapi untuk keabadian selepas kehidupan.Ini bukan norma yang sandiwaranya seperti illusi kanak-kanak dengan dunia khayalan, kerana realiti dan fantasi itu berbeza struktur dan kawasannya yang kita gagal meletakkan ditempat yang betul.Secara kasarnya,realiti adalah satu kenyataan dialam nyata, dan fantasi adalah khayalan di alam awangan, tetapi manusia seringkali berfantasi dialam realiti..dan terjadilah manusia yang separa sedar,yang tidak tahu mana haknya,mana asalnya,mana kedudukanya,dan bagaimana ia menjadi manusia.
Sudah agak lama saya kenal tempat ini dan sudah pandai mencari laluan didalam semak-samunnya yang berlalangkan kehidupan samaada yang besar mahupun tumbuhan kecil.Sesekali saya akan cuba memperuntukkan masa di kaki lima,melihat realiti mereka yang berstatus rakyat dan mahu menyelit disetiap apa sahaja sandiwara dunia.Satu,selalunya kita labelkan mereka manusia yang tidak beridentiti,sudah jatuh sebagai manusia yang berkelas tinggi ataupun kastanya,iaitu penghuni kaki lima ataupun pekerja kaki lima.Saya sering berfikir adakah mereka hidup untuk mati? adakah mereka terhidup disebabkan sebatang nikotin,sebungkus air bersama secarik pakaian itu?Jika dilihat dari fantasi mereka ini manusia yang memiliki jati diri berdiri diatas kaki sendiri dan bukan mahu apa itu hak keistimewaan?apa itu nilai wang yang bermewahkan harta benda?tetapi realitinya mereka hanya rakyat yang terpencil yang kita rasakan mereka gagal belajar sewaktu kecil dibangku sekolah.Emak bapak kita akan berpesan jika belajar rajin-rajin seseorang itu akan hidup senang,tetapi bagaimana mereka yang tidak diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmu tentang perniagaan,perdagangan,pemerintahan,dan mereka akan mengukuhkan keadaan dengan alasan belajar dari ilmu alam,iaitu ilmu-ilmu penglihatan,dan bahasa-bahasa perwarisan bersama adat-adat turun-temurun.Setiap kali berwang lebih dan ditemani winston 14 saya akan mencari sudut terpencil untuk melihat apa yang mahu dipersembahkan oleh mereka,bagaimana mereka harungi setiap arus permodenan,globalisasi,dan kekayaan nilai nilai seni yang mereka miliki dan dengan hasil luahan serta teriakan mereka saya hadiahkan wang tadi sebagai Dermaan BUKAN sebagai tiket untuk dibayar.Di Puduraya,dilorong pejalan kaki ke stesen transit ringan iaitu elarti,setiap hari disitu akan ada dua orang rakyat negeri ini mencari nafkah mereka berbekalkan seni yang ada dan bagaimana dengan sebuah gitar tong dan selunak suara itu sebenarnya adalah salah satu pencarian rezeki dan pekerjaan tetap bagi mereka.Saya akan tatap dengan tepat muka manusia ini,kadang-kadang beliau berseorang,dan rakan kongsinya adalah isteri yang sedia turut menjalankan penjualan,pencarian,dan perniagaan.Modalnya lagu-lagu rakyat atau 'FOLK melayu' yang berintikan nilai-nilai nasihat dan tauladan.Dan saya akan mengambil satu jam untuk melihat apa pementasannya,kemudian terjadilah isi-isi kesedaran dari minda ini untuk teruskan hidup dihari akan datang.
Berfikir bagaimana kita manusia yang kaya-raya menukar jalan hidup kepada kesusahan,kerana kesenangan yang stabil tidak membahgiakan manusia seperti hilang deria-deria ketawa,sedih,takut,sakit dan teruja.Saya selalu terpikir yang lagu-lagu ketidakadilan,penindasan,penentangan,hak kebebasan sering diperjuangkan oleh golongan anarkis kumpulan muzik bawah tanah ataupun aktiviti-aktiviti 'busking' ini.Ia sebenarnya sama situasi seperti diatas tetapi tipu dan palsu pada segelintir mereka kerana bergerak berdasarkan kumpulan,pengaruh,dan budaya.Ini tentang kepalsuan didalam apa yang mereka laungkan kenyataan.Jika dilihat dengan mata hati saya merasa luhur dan cinta pada mereka yang membawa keluarga sendiri mencari rezeki dikaki lima dengan hidup dengan hasil-hasil dermaan itu tetapi mereka adalah manusia yang tidak mahu memutuskan diri dengan norma kehidupan,mereka tidak membebelkan pekerjaan,mereka tidak memilih pekerjaan hitam,mereka tidak korup,mereka tidak menindas pejalan kaki,mereka tidak ambil hak orang lain,dan mereka itu manusia yang paling berjaya kerana hidup berdasarkan kudrat dan bergerak dari kaki sendiri tanpa mengharapkan apa itu label orang-orang keistimewaan. Seperti mereka hidup tanpa hasil-hasil pengundi yang mengundi.